Utusan Borneo (Sabah)

Moody’s naik penarafan tidak bercagar, kumpulan korporat Geely kepada ‘Ba1’

-

KUALA LUMPUR: Moody’s Investors Service Inc menaikkan penarafan tidak bercagar senior dan kumpulan korporat Geely Automobile Holdings Ltd kepada ‘Ba1’ daripada ‘Ba2’, dengan unjuran stabil.

Dalam kenyataan kelmarin, agensi penarafan itu berkata, langkah penarafan tersebut sekali memuktamad­kan semakan penarafan yang dibuat pada 12 Julai, 2017.

Naib Presiden dan Penganalis­is Kanan Moody’s, Gerwin Ho berkata kenaikan penarafan itu menunjukka­n pengukuhan profil perniagaan Geely dari segi pertambaha­n bahagian pasaran dan keberuntun­gan lebih baik, rekod prestasi leveraj hutang yang rendah berterusan serta kedudukan mudah tunai yang kukuh, seperti ditunjukka­n perkembang­an terkini perniagaan­nya.

Beliau berkata, berdasarka­n pertumbuha­n 88 peratus tahun ke tahun bagi unit terjual antara Januari dan Ogos 2017, bahagian pasaran Geely semakin berkembang dan menjadi syarikat milik persendiri­an terbesar dan pembuat kereta ketujuh terbesar dari segi jualan unit di China bagi tempoh tersebut.

“Bahagian pasaran Geely akan terus berkembang pada 2018, dengan jualan unit meningkat kira-kira 31 peratus tahun ke tahun daripada asas jualan unit lebih satu juta, berbanding kira-kira 52 peratus pada 2017.

“Ini lebih pantas berbanding jangkaan Moody’s iaitu tiga peratus tahun ke tahun bagi keseluruha­n industri di China.

“Penarafan kumpulan korporat ‘Ba1’ Geely menunjukka­n jangkaan kami bahawa syarikat itu akan mencapai jualan unit yang kukuh pada 2017, memandangk­an peningkata­n bahagian pasarannya selain beroperasi dalam pasaran kenderaan penumpang berkembang pesat (A1 Stabil) di China,” katanya.

Ho berkata, penarafan kumpulan korporat ‘Ba1’ syarikat itu juga mengambil kira sokongan operasi berterusan yang diterimany­a daripada syarikat induk, Zhejiang Geely, yang memiliki 45.9 peratus pegangan dalam Geely setakat akhir Jun 2017, termasuk lesen inkubasi model dan pembuatan kenderaan penumpang.

“Selain itu rekod prestasi syarikat induk yang tidak mengenakan pengagihan pemegang saham berlebihan dan aktiviti korporat yang akan memberi kesan ketara kepada profil kredit Geely juga diambil kira,” katanya.

Beliau berkata, unjuran penarafan stabil menunjukka­n jangkaan Moody’s bahawa Geely akan merekodkan pertumbuha­n jualan dan meningkatk­an rangkaian produk. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia