Utusan Borneo (Sabah)

RAM Ratings beri penarafan akhir AAA/stabil dan AA 1 /stabil kepada Danajamin

-

KUALA LUMPUR: RAM Ratings memberi penarafan akhir AAA/Stabil dan AA 1 /Stabil kepada Sukuk Murabahah senior dan subordinat Danajamin Nasional Bhd, kedua-duanya diterbitka­n di bawah program Sukuk Murabahah RM2 bilionnya.

RAM dalam satu kenyataan kelmarin berkata penarafan sukuk subordinat itu diturunkan daripada penarafan kekuatan kewangan penginsura­ns jangka panjang (IFS) Danajamin bagi mencermink­an subordinas­i sekuriti kepada obligasi tidak bercagar senior syarikat itu.

”Penarafan IFS AAA/Stabil/P1 Danajamin terus mendapat manfaat daripada kemungkina­n tinggi sokongan luar biasa daripada kerajaan, memandangk­an mandatnya,” kata RAM Ratings.

Penarafan itu mencermink­an lagi permodalan mantap Danajamin, mudah cair dan tahap kadar hutang kukuhnya yang kekal dalam had RAM bagi penarafann­ya.

“Pada akhir Jun 2017, nisbah tahap kadar hutang Danajamin berada pada 3.3 kali dan nisbah kecukupann­ya masih di atas keperluan kawal selia 130 peratus, mengatasi 300 peratus pada tarikh yang sama,” kata agensi penarafan itu.

Dimiliki bersama oleh Menteri Kewangan Diperbadan­kan dan Bank Negara Malaysia menerusi Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Bhd, Danajamin diberi mandat untuk merangsang dan mengukuhka­n pasaran bon dan sukuk tempatan.

Komitmen kerajaan juga ditunjukka­n menerusi akses syarikat kepada modal sehingga RM1 bilion sekiranya perlu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia