Utusan Borneo (Sabah)

Komited perluas tanaman lada

Sabah berpotensi memajukan penghasila­n komoditi itu

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN dan Harry serta rombongan diberi penerangan ringkas mengenai salah satu produk lada di ruang pameran.

LAHAD DATU: Sabah mempunyai potensi yang baik untuk memajukan penghasila­n komoditi tanaman lada berikutan permintaan di pasaran meningkat.

Tahun lalu, eksport lada negara ke pasaran antarabang­sa sebanyak 13,000 tan metrik dan pasaran tempatan sebanyak 28,000 tan metrik.

Sarawak yang menjadi pengeluar utama tanaman ini mengeluark­an 19,000 tan metrik tahun lalu dan permintaan pasaran semakin meningkat.

Melihat situasi pasaran itu, Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Nasrun Mansur menyeru pekebun kecil memanfaatk­an peluang itu untuk meningkatk­an pendapatan.

Menurutnya, taburan hujan yang melebihi 3,000mm setahun menjadi faktor keberhasil­an tanaman itu dan kawasan yang kurang taburan hujannya boleh memajukann­ya melalui sistem pengairan yang baik dan teratur.

Katanya, kerajaan melalui Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komuditi dan Lembaga Lada Malaysia (LLM) amat prihatin dengan rintihan dan permintaan rakyat yang ingin mengetahui cara untuk memulakan tanaman lada.

Untuk itu, kerajaan komited memperluas­kan tanaman lada ke seluruh negeri yang mula dibangunka­n sejak 2011 dan terus digiatkan melalui Rancangan Malaysia Ke-10.

Bagi Rancangan Malaysia Ke-11 program diteruskan dengan tumpuan khusus kepada kawasan yang berpotensi dan kawasankaw­asan yang dibangunka­n semasa Rancangan Malaysia Ke-10.

“Sebagai langkah permulaan, LLM akan menggalakk­an penanaman lada dalam kalangan pekebun lada yang berminat terutamany­a di Lahad Datu melalui beberapa skim yang ada dan langkah ini sekaligus dapat mengembang­kan keluasan tanaman sedia ada di samping menghasilk­an lada yang berkualiti mengikut standart yang ditetapkan LLM,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Silam berkata demikian ketika merasmikan Program Jelajah Sabah 2017

“Kerajaan melalui Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komuditi dan Lembaga Lada Malaysia (LLM) amat prihatin dengan rintihan dan permintaan rakyat yang ingin mengetahui cara untuk memulakan tanaman lada. Untuk itu, kerajaan komited memperluas­kan tanaman lada ke seluruh negeri yang mula dibangunka­n sejak 2011 dan terus digiatkan Ke-10.” melalui Rancangan Malaysia DATUK NASRUN MANSUR Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

- Mempromosi­kan dan Memperluas­kan Tanaman Lada di Sabah di Dewan Tun Mustapha, di sini pada Sabtu.

Menurut Nasrun, untuk menjadikan Sabah sebagai pengeluar lada, kerajaan merangka Pelan Tindakan Strategik 2016 hingga 2020 dan dilaksanak­an dengan menggarisk­an hala tuju untuk mencapai matlamat itu.

Antara yang digariskan adalah meningkatk­an pengetahua­n pengembang­an LLM, meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran pekebun melalui kursus, ceramah dan latihan in-situ, dan melatih lebih ramai usahawan keratan lada bagi meminimumk­an masalah kekurangan keratan.

Selain itu, menambahba­ik pelan pelaksanaa­n agihan bantuan input pertanian dan bekalan keratan lada dan melakukan aktiviti pemindahan teknologi dan lawatan pengembang­an dengan lebih kerap.

“Di samping itu, LLM juga akan terus melaksanak­an usaha yang strategik berkaitan pembanguna­n lada di Sabah dengan beberapa agensi kerajaan Pusat dan negeri supaya matlamat utama kerajaan iaitu untuk meningkatk­an pendapatan isi rumah dari hasil pertanian dapat dicapai,” katanya.

Pada majlis itu, Nasrun menyempurn­akan penyampaia­n sijil kepada peserta Seminar Teknologi Pengeluara­n Lada, plak kepada Pekebun Lada Contoh di Sabah 2017 dan simbolik penyampaia­n input pertanian dan insentif kepada peserta Skim Tanaman Baharu Lada.

Turut hadir, Ketua Pengarah LLM Dr Harry Entebang, Ahli Lembaga Pengarah LLM Dennison R Indang dan Pegawai Daerah Iman Ali.

 ??  ?? NASRUN
NASRUN
 ??  ??
 ??  ?? NASRUN menyampaik­an simbolik bantuan Skim Tanaman Baharu Lada 2017 kepada seorang penerima.
NASRUN menyampaik­an simbolik bantuan Skim Tanaman Baharu Lada 2017 kepada seorang penerima.
 ??  ?? NASRUN meluangkan masa menandatan­gani buku pelawat di salah satu ruang pameran.
NASRUN meluangkan masa menandatan­gani buku pelawat di salah satu ruang pameran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia