Utusan Borneo (Sabah)

Tanam lada secara kecil-kecilan akan tambah pendapatan

-

LAHAD DATU: Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Nasrun Mansur menyeru pekebun mengusahak­an secara kecilkecil­an tanaman komoditi lada bagi menambah pendapatan.

Menurutnya, dengan memulakann­ya di tanah pertanian yang berbukit pekebun boleh meraih pendapatan dari RM17,000 hingga RM25,000 bagi setiap tan metrik lada.

Katanya, tanaman lada yang boleh diusahakan secara sambilan dengan bantuan ahli keluarga sahaja dilihat dapat membantu pendapatan keluarga asalkan ia dikendalik­an dengan baik dan teratur.

“Berikutan harga komoditi sawit yang tidak menentu di pasaran, pekebun boleh mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan dengan mengusahak­an tanaman lada.

“Dengan memulakann­ya di keluasan sehingga satu hektar, ia pasti mempunyai nilai pasaran yang menguntung­kan,” katanya kepada pada sidang media di Dewan Saujana Putra, di sini pada Sabtu.

Nasrun yang juga Ahli Parlimen Silam berkata, keadaan geografi di daerah Lahad Datu khususnya yang berbukit-bukit amat sesuai untuk tanaman itu.

Katanya, pekebun juga boleh mempraktik­kan teknologi penyiraman dan pengairan untuk memastikan tanaman lada yang diusahakan memberi hasil yang baik serta menepati standart kualiti Lembaga Lada Malaysia (LLM).

“Mengenai pasaran, pekebun kecil tidak perlu bimbang kerana permintaan pasaran lada berkuranga­n bukan sahaja untuk kegunaan dalam negara tetapi permintaan di seluruh dunia,” katanya.

Difahamkan, seluas 15.652 hektar tanah di seluruh Sabah telah diusahakan 118 pekebun untuk tanaman lada dengan jumlah 31,302 pokok ditanam sehingga 31 Disember 2016.

Kerajaan juga komited membantu 84 pekebun melalui bantuan tanaman baharu lada dengan nilai bantuan berjumlah RM260,000 pada tahun lalu.

Tahun ini, kerajaan telah membantu 64 pekebun melalui bantuan yang sama bernilai RM208,000.

Selain bantuan itu, kerajaan turut mengadakan kursus teknologi pengeluara­n lada di Sabah kepada150 peserta, latihan in-situ tahun 2017 seramai 130 peserta.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah LLM Dr Harry Entebang Pegawai Daerah Iman Ali. Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NASRUN ketika sidang media.
NASRUN ketika sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia