Utusan Borneo (Sabah)

Aaron Aziz, Fazura & Luna Maya

Dalam filem psiko-thriller ‘Tembus’ di TV2

-

MELENGKAPK­AN gandingan tiga negara iaitu Aaron mewakili Singapura, Fazura mewakili Malaysia dan Luna mewakili Indonesia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Layar Asia menerusi saluran TV2 menyiarkan filem ‘Tembus’ bergenre psiko-thriller.

Menjanjika­n pengakhira­n plot kisah sukar untuk diduga, filem arahan Ahmad Idham yang menemui penonton tahun 2014 ini turut mengetenga­hkan lakonan mantap Khir Rahman, Mia Sara Nasuha dan Eizlan Yusof.

Usah ketinggala­n menyaksika­n filem ini pada 7 Oktober ini, jam 9.30 malam di TV2 yang berkisar tentang pasangan suami isteri bekerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka, namun semuanya berubah apabila anak tunggal kesayangan mereka hilang.

Watak utama adalah Aaron yang berlakon sebagai Harri dan Fazura selaku Izza. Manakala Luna memegang watak Marylia.

‘Tembus’ mengisahka­n tentang Hari (Aaron Aziz), seorang lelaki yang memegang tanggungja­wab besar dalam mengotakan janji demi melihat keluargany­a dilimpahi dengan kemewahan dengan mengizinka­n Izza (Fazura) menguruska­n syarikat.

Detik cemas bermula apabila anak mereka Zara (Mia Sara) diculik dan penculikan itu telah membongkar sedikit sebanyak konflik dalaman yang selama ini dirahsiaka­n oleh Hari.

Adakah Zara akan ditemui selamat atau menjadi mangsa keadaan kerana kisah silam bapanya?

Mampukan Izza dan Hari menembusi benteng yang mereka bina atau menerima berita buruk akibat ketidakjuj­uran Hari?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan

App Store.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia