Utusan Borneo (Sabah)

Kempen kesihatan beri kesedaran kepentinga­n derma darah dan organ

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad menyambut baik usaha Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort serta Hospital Sipitang menganjurk­an kempen ‘Setitis Darah Sejuta Harapan’ dan kempen Derma Organ secara besar-besaran.

Beliau yakin usaha sedemikian mampu memberikan kesedaran kepadaoran­gramaikhus­usnya masyarakat umum tentang kepentinga­n menderma darah dan organ.

Katanya, masyarakat harus sedar mereka turut memainkan peranan yang besar dalam membantu pesakit yang memerlukan bantuan dari segi darah mahupun organ yang pastinya dapat menyelamat­kan nyawa seseorang.

“Mudah-mudahan menerusi kempen ini orang ramai akan lebih sedar akan kepentinga­n menderma darah yang berupaya membantu menyelamat­kan nyawa orang yang tersayang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Sipitang pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Ismail Ali, Timbalan Mufti Negeri Sabah Ustaz Hamdani Omar, Pengarah Hospital Sipitang Dr Christoper Charles Chau, Pegawai Kesihatan Kawasan Beaufort Dr A L Liza Abdul Latip dan Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah.

Dalam pada itu, Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah berkata, sehingga kini dianggarka­n hanya 126,000 pendaftar pengikrar telah direkodkan­diPusatTra­nsplan Nasional berbanding bilangan penduduk negara seramai 27 juta orang.

Justeru, beliau berharap semoga kempen yang dilaksanak­an itu mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat keseluruha­n seterusnya meningkatk­an lagi bilangan penderma darah serta organ yang masih rendah ketika ini.

 ??  ?? SAPAWI menunjukka­n isyarat ‘bagus’ sejurus melakukan gimik perasmian majlis itu.
SAPAWI menunjukka­n isyarat ‘bagus’ sejurus melakukan gimik perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia