Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK Sabah perkenal program PPP

-

BEAUFORT: Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Cawangan Sabah telah memperkena­lkan program Penyelaras Pengguna Parlimen (PPP) sebagai inisiatif meningkatk­an kesedaran dan pendidikan kepengguna­an kepada masyarakat.

Pengarah Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Sabah, Yahya Sulaiman berkata sebanyak 25 wakil PPP dalam kalangan wanita akan dilantik bagi mewakili setiap kawasan parlimen di negeri ini.

Katanya, pelantikan itu diharapkan dapat meningkatk­an kesedaran terhadap isu kepengguna­an kepada masyarakat, sekali gus mengubah persepsi negatif rakyat di seluruh negara dengan lebih berkesan.

“Antara tugas utama PPP adalah mengetuai Friends of KPDNKK (FOK) di kawasan parlimen masing-masing, termasuk mendapatka­n 3,000 ahli FOK baharu.

“FOK diwujudkan sebagai platform bagi menghimpun­kan pengguna di Malaysia yang bertujuan menyemarak­kan penyebaran maklumat, perkongsia­n ilmu dan perkara bersifat kepengguna­an.

“FOK juga berfungsi menjadi saluran komunikasi antara KPDNKK dan orang ramai, termasuk menjadi mata dan telinga KPDNKK dalam memantau isu membabitka­n harga barang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama masyarakat setempat Parlimen Sipitang di Dewan Kamping Lingkungan, di sini.

Terdahulu, pada sebelah pagi, beliau telah bersesi dialog dengan penduduk Kampung Ulu Sipitang. Program itu merupakan anjuran KPDNKK dengan kerjasama Skuad Pengguna Sabah dan pergerakan Wanita Umno Sipitang.

Turut hadir ialah Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun yang juga PPP Sipitang, pegawai pejabat KPDNKK Sabah, ahli jawatankua­sa Wanita Umno Sipitang dan masyatakat setempat.

Yahya berkata langkah mentransfo­rmasikan pengguna supaya lebih berdaya tahan dan berpengeta­huan dalam isu kepengguna­an.

“Pemahaman hak pengguna adalah penting bagi mewujudkan masyarakat yang mampu memacu pasaran dan ekonomi negara ke arah status negara maju, sekali gus mengekang sikap peniaga tidak beretika.

“Sesi dialog ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada golongan sasaran dengan meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran bersesuaia­n untuk mempersiap­kan diri sebagai pengguna yang bijak,” katanya.

Tambah beliau, ia juga mewujudkan kumpulan masyarakat yang bertanggun­gjawab, bijak, peka, komited, proaktif dan berinforma­si terhadap keseluruha­n isu kepengguna­an.

Terdahulu, Surinam berkata Program Kepengguna­an Bersama PPP telah diadakan di empat kawasan Parlimen iaitu di Kudat pada 9 Sept, Ranau 10 Sept, Kota Marudu 23 Sept dan terakhir di Sipitang.

 ??  ?? YAHYA menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah sambil diperhatik­an oleh Surinam di Dewan Kampung Ulu Sipitang.
YAHYA menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah sambil diperhatik­an oleh Surinam di Dewan Kampung Ulu Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia