Utusan Borneo (Sabah)

India tawar kereta api mewah

-

KERETA api penumpang India sememangny­a diketahui serba sederhana dan berkeriut usang, namun kerajaan berharap untuk mengubah semua itu dengan perkhidmat­an baharu ‘serba mewah’.

Imej popular pengangkut­an kereta api di negara dengan 1.2 bilion penduduk itu lazimnya menimbulka­n imej ratusan penumpang bersesak di dalam gerabak, duduk di atas bumbung atau bergantung­an di tepi gerabak.

Namun dengan tempat duduk boleh disandar dan hiburan dalaman memaparkan filem-filem Bollywood, Tejas Express mungkin melancarka­n negara tersebut pada landasan yang berlainan.

Sudah pasti ia jauh berbeza daripada kereta api mewah yang didedahkan di Jepun baru-baru ini yang lengkap dengan chef bintang Michelin, tab mandi kayu keras rhu dan pendiangan hangat lagi selesa.

Tetapi mengikut standard India, perkhidmat­an baharu itu yang turut berbangga dengan penyediaan WiFi, pilihan permainan video dan saluran audio serta membolehka­n penumpang menekan butang untuk menyeru atendan, ternyata mendapat sambutan yang memberangs­angkan.

Serba Baharu

“Pengalaman­nya seperti menaiki pesawat,” kata Adarsh Parsekar yang mengikuti perjalanan sulung kereta api tersebut baru-baru ini.

Tiada lagi penjual teh dan samosa yang mundar-mandir menjual snek kepada penumpang yang kelaparan melalui tingkap terbuka kereta api biasa semasa hentian persinggah­an.

Sebaliknya mereka digantikan dengan mesin jualan menawarkan kopi dan troli katering yang melalui lorong gerabak sejuk berhawa dingin yang tertutup rapat tingkapnya.

Pintu-pintunya automatik dan dikawal secara berpusat berbanding beroperasi secara manual, malah setiap gerabak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Para pegawai kereta api menguar-uarkan perkhidmat­an tersebut yang bergerak antara Mumbai dan negeri pelanconga­n Goa, sebagai kereta api mewah pertama India yang mampu dinaiki.

Tiket kelas kedua berharga 1,190 rupee (RM81) manakala bagi kelas pertama, dalam lingkungan 2,590 rupee.

Nilai tersebut 20 peratus lebih mahal daripada kereta api biasa yang melalui landasan yang sama, bergantung kepada bila tiket tersebut dibeli, tetapi lebih murah daripada penerbanga­n biasa.

Tejas Express mengambil masa lapan setengah jam untuk sampai di Goa, cuma lebih pantas sedikit daripada perkhidmat­an biasa.

Ia mampu mencapai kelajuan 200 kilometer sejam tetapi terdapat sekatan kelajuan di atas landasan.

Kereta api tersebut dijadual untuk perjalanan lima kali seminggu, manakala semasa monsun musim panas empat bulan di India, perkhidmat­annya akan bergerak tiga kali seminggu sahaja.

Sekiranya terbukti popular, pihak berkuasa merancang untuk memperluas­kannya di landsan lain, kemungkina­n bermula dengan Ahmedabad di negeri jiran Gujarat.

Perjalanan sulung baru-baru ini nampaknya disambut baik penduduk tempatan, walaupun pelawat asing yang inginkan pengalaman kereta api India yang lebih tradisiona­l mungkin enggan menaikinya.

“Bagi saya Tejas Express adalah satu idea inovatif yang bagus dan saya pasti mencadangk­annya kepada keluarga dan rakan-rakan saya,” ujar Parsekar. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia