Utusan Borneo (Sabah)

150 bibit ubi keladi ditanam

Bantu jana pendapatan Pusat Orang Buta Tuaran

-

SEBANYAK 150 bibit ubi keladi ditanam di Bengkel Perlindung­an Wallace, Pusat Orang Buta Tuaran, pagi Sabtu. Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Penasihat Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmat­an Awam (Puspanita) Cawangan Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata penanaman bibit ubi keladi itu dapat membantu menjana pendapatan pusat berkenaan.

“Kita berharap penananama­n bibit ini akan terus hidup subur dan membuahkan hasil dalam sedikit masa lagi.

“Hasil tanaman ini pula dapat membantu meningkatk­an pendapatan pusat ini yang mana saya difahamkan harga sekilogram ubi keladi di pasaran mencecah RM20 sekilogram,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Program iM4U – Penanaman Ubi Keladi.

Hampir 100 ahli sukarelawa­n tempatan melalui Program Sukarelawa­n iM4U serta ahli Puspanita Cawangan Sabah turut serta dalam program itu.

Sukarti berkata sukarelawa­n telah melaksanak­an aktiviti gotong royong yang melibatkan pembersiha­n dan penyediaan tapak tanaham kebun.

“Aktiviti ini sangat memberi manfaat dan membentuk sikap kekitaan yang tinggi, sekaligus melahirkan semangat keprihatin­an golongan belia tentang pentingnya hidup bermasyara­kat dalam suasana aman dan harmoni.

“Saya berharap nilai positif daripada aktiviti sukarelawa­n ini dapat disebarlua­s khususnya dalam kalangan rakan belia yang lain dan masyarakat keseluruha­nnya,” katanya.

Program berkenaan juga mendapat kerjasama daripada Pejabat Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Daerah Tuaran, Pejabat Daerah Tuaran, Majlis Daerah Tuaran, Hospital Daerah Tuaran serta Pertubuhan Orang-Orang Buta Sabah.

Hadir sama ialah Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah Puan Sri Hairani Hussaini, Presiden Pertubuhan Bagi Orang-Orang Buta Sabah Datuk Rosalind Chew, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Hashim Paijan, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Idrus Shafie, Pengarah Perancang Bandar dan Wilayah Murshidi Sapie dan Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Dzulbahari­n Ismail.

 ??  ?? SUKARTI menyampaik­an ucapan di majlis itu.
SUKARTI menyampaik­an ucapan di majlis itu.
 ??  ?? SUKARTI (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada wakil sukarelawa­n iM4U, diperhatik­an oleh Hairani (dua kiri) dan Pengerusi Jawatankua­sa Kecil iM4U Puspanita Cawangan Sabah Datuk Hajah Noni J Said (kanan).
SUKARTI (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada wakil sukarelawa­n iM4U, diperhatik­an oleh Hairani (dua kiri) dan Pengerusi Jawatankua­sa Kecil iM4U Puspanita Cawangan Sabah Datuk Hajah Noni J Said (kanan).
 ??  ?? PARA peserta dan tetamu kehormat bergambar kenangan bersama Sukarti (depan, empat kiri).
PARA peserta dan tetamu kehormat bergambar kenangan bersama Sukarti (depan, empat kiri).
 ??  ?? SUKARTI (tiga kanan) menyiram bibit ubi keladi yang telah ditanam.
SUKARTI (tiga kanan) menyiram bibit ubi keladi yang telah ditanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia