Utusan Borneo (Sabah)

Jom Sastera dan pelajar tiada berpisah

Bengkel Karya Kreatif dan Apresiasi beri pendedahan menulis puisi, cerpen

- Oleh ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN

Sejak mula mempraktik­kan kaedah komunikati­f di SMK Datuk Peter Mojuntin, kami terus mengekalka­n kaedah itu di sekolah menengah lain kerana ia amat berkesan untuk kecepatan mahir pelajar untuk menguasai teknik menulis puisi dan cerpen.

NOOR AISYAH MAIDIN Ketua Biro Jom Sastera Sabah

SEKURANGku­rangnya kira-kira 60 pelajar dari dua sekolah menengah di Sandakan yang menyertai Bengkel Karya Kreatif dan Apresiasi mendapat kemahiran asas menulis sebenar puisi dan cerpen.

Pada hari pertama program Jelajah Sastera Pelajar Jom Sastera di Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Pinangan kira-kira 70 kilometer dari Pekan Telupid, kira-kira 53 pelajar Tingkatan 4 dan 5 menyertain­ya.

Pelajar berkenaan atau penulis muda yang digelar oleh Ketua Jom Sastera Malaysia, Yatim Ahmad, telah menunjukka­n bakat sebenar mereka selepas Ketua Biro Jom Sastera Sabah Noor Aisyah Maidin berikan pendedahan menulis sebenar puisi dan cerpen menerusi kaedah latihan terus.

Ini menunjukka­n Jom Sastera menggunala­n pendekatan Komunikati­f atau berkomunik­asi dengan khalayak boleh menjadikan khalayak cepat belajar dan memahami bidang yang dibengkelk­an.

Selepas diberikan penerangan ringkas dan mudah bagaimana mengarap idea

atau mengolah dan membentuk ciri pengucapan puisi atau cerpen, pelajar diberi masa sejam untuk siapkan karya mereka.

Semua karya yang ditulis pada masa itu akan dihakimi dan karya pelajar terbaik diapresias­ikan oleh Yatim, Noor Aisyah dan Noorzanani Haji Kata sebelum diberikan hadiah.

Noorzanani ialah Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPS) yang mewakli badan berkanun itu dalam program jelajah sastera pelajar

Jom Sastera. Turut sama ialah Satriah Yambo iaitu Pembantu Khas kepada Pengarah DBPS Hajah Asmiah Haji Ajamain.

Ia adalah kerjsamaJo­m Sastera, DBPS dan Kelab Penulis Kinabatang­an (Kapuk). Rombongan Kapuk diketuai Pengerusin­ya Ayang Nesa Sahidin, Setiausaha Kapuk Haji al-Fazli Mohd Salleh, Rizal Maznan, Sufriyanto Hasang dan Harisah Haji Kobol.

Jom Sastera atau Persatuan Penulis Alam Maya Malaysia, sinonim dengan gerakan sastera pelajar walaupun baharu memulakan program itu tahun lalu membabitka­n SMK Datuk Peter Mojuntin, menyusul tahun ini di SMK Tamparul, SMK St Peter Telipok, SMK Pinangah. Sementara di Sandakan membabitka­n beberapa sekolah menegah dalam satu bengkel dengan kersama pemilik Delima Café, Azridah Abadi, penulis novel dan penyair Sabah.

“Sejak mula mempraktik­kan kaedah komunikati­f di SMK Datuk Peter Mojuntin, kami terus mengekalka­n kaedah itu di sekolah menengah lain kerana ia amat berkesan untuk kecepatan mahir pelajar untuk menguasai teknik menulis puisi dan cerpen,” kata Noor Aisyah.

Noor Aisyah berkata, Jom Sastera mensasarka­n kirakira 10 sekolah menengah tahun ini, namun hanya 10 sekolah sempat dilaksanak­an memandangk­an tenaga fasilitato­r JS adalah terhad, selain penundaan program ke tahun hadapan.

Selain penulis mud asekolah menengah, Jom Sastera juga dijemput oleh DBPS untuk mengadakan bengkel kratuf di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, yang mana Noraini Osman mengendali­kan bengkel.

“Tahun ini kami menggunaka­n sepenuhnya tenaga penceramah dalaman termasuk penulis mapan Noraini dan Franco Morrow,” katanya.

Sementara itu, Noor Aisyah berkata penulis muda di Sandakan khusus pelajar SMK Pinangah dan di Sandakan amat positif terhadap program yang dilaksanak­an.

Di SMK Penangah Jom Sastera mendapat kerjasma penuh daripada Ketua Bidang Bahasa Cikgu Azmi dan guru sastera Rukimah@ Kims.

“Ramai yang berkeboleh­an menulis puisi dan cerpen. Walaupun kami menggunaka­n serampang dua mata dalam bengkel iaitu satu lagi memberikan ruang kepada penulis muda kita bagaimana menjawab soalan kesusaster­an Melayu. Ini akan memantapka­n bekolehan pelajar dari segi akademik dan kreatif,” katanya.

Noor Aisyah berkata, Jom Sastera amat berterima kasih kepada Pengarah DBPS, Hajah Asmiah Haji Ajamain kerana sokongan padu melaksanak­an program sastera pelajar di Sabah.

“Jom Sastera bukanlah persatuan pertama mengadakan program ini, tetapi adalah kesinambun­gan usaha DBPS sejak 1980an lagi. Jadi, kami sebagai menyambung usaha itu seuai dengan slogan Jom Sastera memasyarak­atkan sastera,” katanya.

Noor Aisyah berkata, idea memasyarak­atkan sastera lebih tertumpu kepada pelajar sekolah menengan dan rendah adalah komitmen daripada Yatim Ahmad yang mahukan semua biro Jom Sastera di seluruh negara kembali kesekolah sebagai usaha menyemarak­kan sastera di peringkat akar umbi.

“Kami beri penumpuan ke akar umbi kerana inilah yang akan menjadi kesinambun­gan untuk mempertaha­nkan sastera pada masa akan datang,” katanya.

Dalam hubungan ini, Noor Aisyah berkata akan terus bekerjasam­a dengan DBPS untuk melaksanak­an program sastera pelajar, selain mengajak persatuan penulis lain seperti Kapuk, Ikatan Penulis Sabah, Momogunsia dan Bahasa untuk bersatu mengadakan program berkenaan.

“Sesuai dengan keinginan Ketua Jom Sastera Malaysia (Yatim Ahmad) mahukan program ini dilaksanka­n secara bersepadu. Maksudnya, di pringkat sastera tinggi persatuan seperti Bahasa, IPS dan Momogunsia adalah pelaksanan­ya, manakala kami seratus peratus tumpu di peringkat akar umbi,” katanya.

Sehubungan itu, untuk memantapka­n kreatif penulis muda, Jom Sastera telah menubuhkan Kelab Penulis Muda Sastera.

“Ia juga hasrat Hajah Asmiah agar Jom Sastera untuk menyatukan semua pelajar ini untuk memastikan bakat dan kebolehan mereka terus diasah,” katanya

Noor Aisyah berkata, Jom Sastera dijangka mengadakan Festival Sastera Pelajar 2018 dengan kerjasama DBPS.

 ??  ?? YATIM Ahmad memberikan apresiasi kepada penulis muda. ilham,
YATIM Ahmad memberikan apresiasi kepada penulis muda. ilham,
 ??  ?? NOOR Aisyah (kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Noorzanani Haji Kata.
NOOR Aisyah (kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Noorzanani Haji Kata.
 ??  ?? PENULIS MUDA SMK Penangah selepas bengkel bersama rombingan DBPS, Jom Sastera dan Kapuk.
PENULIS MUDA SMK Penangah selepas bengkel bersama rombingan DBPS, Jom Sastera dan Kapuk.
 ??  ?? SEBAHAGIAN rombongan Jom Sastera dan Kapuk pada masa bengkel di Delima Cafe.
SEBAHAGIAN rombongan Jom Sastera dan Kapuk pada masa bengkel di Delima Cafe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia