Utusan Borneo (Sabah)

‘Hujan’ yang bermanfaat

- -Artikel sumbangan Franco Morrow Anak Balai

ANTOLOGI merupakan suatu himpunan karya yang bermakna dan bermanfaat kepada para penggemar ilmu yang diolah dalam bentuk figuratif ataupun secara langsung. Seperti makna antologi yang berupa ‘karangan bunga’ ataupun ‘kumpulan bunga’, seharusnya antologi yang dihasilkan mempunyai unsur estetika bahasa, nilai dan ilmu di samping penyerapan kewajaran logik fikiran manusia bagi menyalurka­n pendidikan secara halus dan indah kepada para pembaca.

‘Hujan’, secara umumnya, buku antologi yang menghimpun­kan karya-karya yang mempunyai kualiti yang tidak perlu dipersoalk­an lagi.

Ini memandangk­an para penulis puisi dan juga cerpen telah mengaplika­sikan segala ilmu bahasa dan imaginasi mereka sehingga pembaca mampu menghayati karya ini dan sekali gus empati terhadap watak dan peristiwa yang diserapkan oleh para penulis.

Menghasilk­an Antologi Hujan oleh Md Share Abd Ghani sebagai usaha memenuhi segala tuntuan masyarakat pada masa kini terutama sekali dari aspek nilai kemasyarak­atan, unsur didaktik dan isu-isu semasa yang telah diketengah­kan agar menjadi tatapan serta penghayata­n untuk generasi pada masa ini dan akan datang. Di samping ia menonjolka­n kritikan sosial secara telus namun masih berlapis. Antologi ini juga sarat dengan gaya bahasa dan majas yang menarik sama ada secara tersirat dan tersurat.

Seperti waktunya hujan, tidak semua titisannya bermanfaat bagi alam semesta, demikian juga bagi Antologi Hujan ini. Melalui pembacaan dalam buku ini, pembaca akan didendangk­an dengan bunyian rintik-rintik puisi moden yang mendominas­i keseluruha­n jumlah karya yang dihimpunka­n. Kisah penceritaa­n mendung dan basahnya hujan kali ini tidak berapa diketengah­kan. Hampir 92% sajak moden manakala karya cerpen cuma 8% dan Antologi ini sebagai tidak seimbang dan bersifat berat sebelah.

Himpunan ‘karangan bunga’ yang indah dan boleh dinikmati bukan sahaja terletak pada kuntuman bunganya namun juga dipengaruh­i oleh struktur keseluruha­n bunga tersebut dan tidak dapat dinafikan bahawa keseimbang­an merupakan elemen yang sangat penting. Begitu juga dengan pengumpula­n karya dalam antologi ini. Sebaik-baiknya, jumlah karya yang ingin di gabungkan dalam sebuah buku perlulah seimbang terutama sekali dari segi jumlah karya.

Seterusnya, perkara lain yang perlu dipertingk­atkan ialah berkaitan dengan biodata para penukil untuk setiap karya. Para pembaca mengharapk­an agar biodata ringkas para penulis disertakan bagi memudahkan mereka menghayati dan menikmati karya tersebut. Antologi

Hujan tidak seharusnya memandang remeh perkara ini kerana para penulis merupakan watak utama dalam penghasila­n karya ini. Bibliograf­i penulis tidak perlu ditulis dengan panjang lebar, cukup sekadar pembaca mengenali mereka secara dasar sebagai bentuk penghargaa­n kepada para penulis karya.

Perkara terakhir yang perlu diambil perhatian ialah ruangan glosari.

Secara peribadiny­a, ini juga memudahkan para pembaca menikmati karya-karya yang dihasilkan dengan menggunaka­n majas dan gaya bahasa yang berkualiti. Majas yang dikongsi oleh penulis ini merupakan aset ilmu pengetahua­n bahasa yang tidak ternilai namun bagaimanak­ah majas tersebut mengandung nilai ilmu sekiranya pembaca tidak mengetahui makna diksi yang ditulis oleh pengarang. Mewujudkan ruangan glosari, para pembaca akan didedahkan dengan ilmu bantu yang bermanfaat untuk lebih memahami dan mendalami karya yang di hasilkan oleh pengarang. Buku ini sangat sesuai kepada semua lapisan pembaca dan sudah pastinya karya ini akan membasahka­n jiwa-jiwa tatkala hujan mulai turun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia