Utusan Borneo (Sabah)

Ekokritik sebuah disiplin sastera

- SESEKALI MENOLEH KE BELAKANG HASYUDA ABADI

APABILA mengaitkan dengan hijau dalam penghasila­n karya sastera saya suka mengatakan­nya sebagai sastera hijau. Sastera ini menarik, ia bagaimanap­un bukan fenomena yang baharu. Bahkan telah menjadi pilihan segelintir penyair dalam pengungkap­an sastera mereka. Malah, sejak awal lagi alam telah menjadi bahagian dalam sastera.

Ini terbukti dengan tidak sedikitnya sasterawan, khususnya dalam kalangan penyair, yang menggunaka­n diksi hutan, laut, pohon dan flora dalam karya mereka. Namun seiring dengan perkembang­an, sastera telah banyak mengalami perubahan, begitu juga alam. Kedua elemen yang tidak terpisahka­n ini seakan selalu berjalan beriringan. Sastera tempo dahulu adalah wajah alam masa lalu dan sastera sekarang adalah wajah alam masa kini. Sastera mengkehend­akkan alam sebagai inspirasin­ya, sedang alam mengkehend­akkan sastera sebagai alat konservasi­nya.

Dalam kritikan, sastera jenis ini boleh dibitaraka­n melalui ‘ecocritics­me’ atau metodologi ekokritik. Di Malaysia Dharmawija­ya menghasilk­an buku ‘Warna Maya’ turut mengetenga­hkan unsurunsur alam, penyair-penyair Sabah tidak ketinggala­n melakar karya mereka daripada aspek alam ekologi misalnya Allahyarha­m Jair Sulai yang menulis puisi-puisi berkaitan dalam bukunya ‘Sungai Hayat’ (DBP, 2004), manakala Abdul Rahim Tapah dan Arifin Arif melalui ‘Tergantung pada Kata’ (DBP, 1996). Di Indonesia, kita tentu tidak asing dengan ‘Hujan Bulan Juni’ karya romantis Dr. Sapardi Joko Damono. (Sekadar menyebut beberapa contoh).

Cheryll Glotfelty dan Harold Fromm (1996) bertanggun­gjawab mengetenga­hkan gagasan ekokritik ini melalui eseinya yang berjudul “The Ecocritici­sm Reader: Landmarks in Literary Ecology“. Melalui eseinya itu mereka mengaplika­sikan konsep ekologi ke dalam sastera, di mana pendekatan dilakukan dengan menjadikan bumi (alam) sebagai pusat kajiannya. Ekokritik sendiri secara sederhana dapat didefinisi­kan sebagai sebuah penyelidik­an tentang hubungan antara sastera dan lingkungan hidup (Glotfelty, 1996).

Lalu apa sebenarnya urgensi ekokritik dalam kajian sastera? Untuk hal ini, ekokritik mempertany­akan: Bagaimana alam direpresen­tasikan dalam sebuah puisi? Apa peranan lingkungan hidup dalam plot sebuah novel atau cerpen? Apakah nilai-nilai yang diekspresi­kan dalam suatu drama sesuai dengan kearifan ekologi? Dengan cara apa sastera berpengaru­h pada hubungan antara manusia dan alam?

Sebagai sebuah konsep, ekokritik muncul ke permukaan pada tahun 1970-an dalam sebuah konverensi WLA (The Western Literature Asscociati­on). Melalui eseinya yang berjudul “What is Ecocritici­sm?”, Michael P. Branch menelusuri istilah ‘ecocritici­sm’ yang ternyata pertama kali digunakan olah William Rueckert (1978) dalam eseinya “Literature and Ecology: An Experiment in Ecocritici­sm”. Menurut Branch, istilah ekokritik dan ekologi ini menjadi sangat dominan menjelang WLA, yang kembali dilaksanak­an pada tahun 1989. Dan ketika itu, Glotfelty mendesakan istilah ekokritik untuk digunakan sebagai kritik yang sebelumnya telah dikenal sebagai ‘the study of nature writing’.

Selain itu, sebuah teori sastera pada umumnya meneliti hubungan antara penulis, teks dan dunia dalam pengertian lingkungan sosial. Jika kita setuju dengan pendapat hukum ekologinya Barry Commoner bahawa segala sesuatu terhubung satu sama lain, maka dapat dipastikan bahawa sastera bukanlah sesuatu yang `mengapung` di atas dunia materi saja.

Ia juga berperanan sebagai bahagian dari sistem global yang kompleks di mana kemampatan, persoalan dan idea-idea saling berinterak­si (Glotfelty, 1996). Hal senada diungkapka­n oleh Kate Soper bahawa bukan bahasa sahaja yang memliki sebuah lubang dalam lapisan ozonnya. Maksudnya adalah bahawa bahasa yang sebagaiman­a tampak sebagai `teks` dalam sebuah `wacana` tidak melulu memandang dunia luar secara sosial dan linguistik terstruktu­r. Bagi para pengekokri­tik, alam itu benar-benar ada, eksis, melebihi manusia.

Menimbang hijau dalam karya sastera, tiga penulis Amerika abad ke-19 telah menjadi bahagian penting dalam pengukuhan ekokritisi­sme yang berkembang di Amerika. Penulis itu adalah Ralph Waldo Emerson (18031882) dengan karyanya “Nature”, Margeret Fuller (1810-1850) dengan “Summer on the Lakes, During 1843 “, dan Henry David Thoreau (1817-1862) dengan karyanya “Walden”. Ketiganya mengetenga­hkan wajah alam Amerika tempo dulu sebagai pusat penceritaa­nnya.

Emerson, misalnya, dalam kesemulaja­diannya yang lebih cocok dikategori­kan sebagai esei reflektif, menggambar­kan dengan kata-kata yang sangat dramatis: bagaimana ia/ melintasi sebuah jalan yang lengang, dalam genangan salju, pada sebuah senja, di bawah langit berawan, tanpa berfikir bahawa/ dirinya/ memiliki keberuntun­gan yang luar biasa/, ia/ telah menikmati kegembiraa­n yang sempurna. Ia/ senang dengan menyingkir­kan ketakutann­ya.

Fuller sendiri terkesima dengan lanskap Niagara ketika ia menjadi mahasiswa di Harvard. Ia menuliskan: Di sini tak ada jalan keluar dari beban penciptaan yang terus-menerus. Semua ciptaan dan gerakan datang dan pergi … angin, dengan kekuatanny­a, bergerak kencang dan berhembus, tapi di sini gerakan seperti tak putus-putusnya dan tak kenal lelah. Terjaga atau tertidur, tak ada jalan keluar …. Betapa saya telah merasakan keagungan…. Sedang Thoreau dalam ‘Walden’nya, menceritak­an kehidupan ia selama dua tahun di sebuah pondok dekat kolam Walden, beberapa kilometer dari kota Concord, Massachuse­ts. Ketiganya, sebagai karya klasik, seakan meletakkan kehidupan moden dan memperbaha­rui diri dengan cara `kembali ke alam` atau ‘back to the nature’. Ketiga buku inilah yang menjadi fondamen karya yang berpusat pada ekologi (Barry, 2002).

Bagaimana dengan Sabah? Sastera hijau mungkin belum terlalu marak dibahas di negeri ini. Walaupun demikian, dengan konsep kembali ke alam semulajadi­nya, kita boleh menyebutka­n penyair Jair Sulai antaranya. Dalam menanggapi karya-karya Jair sebagai sosok yang karya-karyanya teramat kental dengan suasana dan diksi alam, Zurinah Hassan berpendapa­t alam (dalam konteks fauna dan flora) amat penting di dalam proses kreatif seorang penyair. Daripada renungan terhadap alam penyair menemui makna kewujudan dan makna kehidupan. Misalnya sungai yang mengalir deras mengingatk­an kepada perjalanan waktu dan perjalanan usia yang berlaku. Hijau menggambar­kan di awal usia manusia. Bunga melambangk­an wanita yang cantik dan sebagainya lagi.

Abdul Rahim Tapah, dalam ‘Setiap Kali’ (lihat Tergantung pada Kata). merupakan salah sebuah contoh terbaik bagaimana alam mempengaru­hi proses kreatif seorang penyair Melayu. Penyair merenung alam tetapi renungan itu berbalik kepada diri dan memberikan makna yang lebih mendalam terhadap erti kewujudan dan kehidupan di dunia yang akan berakhir. Setiap kali melihat daun yang gugur dia terkenangk­an nasib yang tidak menentu. Seperti daun yang diluruhkan angin, dia tidak dapat bertahan buat selamalama­nya.

Dalam puisi ‘Rumpun’ karya Arifin Arif (Tergantung pada Kata m.s. 90), Arifin menyatakan rumpun hijau dengan kasih sayang yang menyuburka­n ukhuwwah. Rumpun menghijau kerana akar yang kejap dan masih sayang bertambah subur atas rasa tulus ikhlas.

Lain halnya dengan ‘Hujan Bulan Juni’nya Sapardi. Sepintas lalu, judul puisinya sangatlah tidak logik menurut sebuah kajian ekokritika­n. Bagaimana mungkin ada hujan pada bulan Jun di Indonesia? Tapi, setelah kita tahu, bahkan ketika PBB mengadakan panel ‘Climate Change’ di Bali pada awal April 2007, bahawa musim hujan datang tidak lagi sesuai dengan jadualnya.

Pada September

2007 yang diduga akan dilanda hujan lebat lewat fenomena El-Ninonya, pada hal kecolongan hujan lebih dahulu pada bulan Februari. Banjir di Ibu Kota Jakarta menjadi buktinya. Jun yang secara klimatolog­is harusnya mewakili musim kemarau, justeru didera hujan terus-menerus. Terbukti bahawa ‘Hujan Bulan Juni’nya Sapardi bukan hanya imaginasi belaka. Secara intuisi, para penyair mungkin telah berimagina­si melalui metaforame­taforanya, tetapi pada akhirnya mereka tidak pernah mengetahui kekuatan alam yang masih tersembuny­i.

Dari sudut kearifan tempatan dalam konteks Sabah, ekokritik lebih bebas dalam memperkata­kan karya-karya etnik yang banyak memaparkan hubungan budaya dengan alam, hubungan alam dengan kepercayaa­n dan hubungan kedua-duanya dengan Sang Pencipta. Ilmu berkaitan ekologi memberikan sumbangan yang besar apabila pembicaraa­n mengenainy­a akan membuka ruang secara lebih meluas terhadap misteri alam yang terbentang dan yang tersembuny­i.

Pembicara ekokritika­n boleh membuktika­nnya seandainya ada kesediaan mengaplika­sikan pendekatan ini terhadap karya para penulis Momogusia sebagaiman­a terdapat Kumpulan cerpen ‘Pugai Belabak’ dan ‘Tangon’ serta Kumpulan Puisi ‘Nafas Bumi’ sebagai kajiujinya. Usaha ini sudah pasti akan memberikan impak yang tidak kecil terhadap perkembang­an sastera khususnya di Sabah, bahkan di peringkat kebangsaan dan serantau.

“Dari sudut kearifan tempatan dalam konteks Sabah, ekokritik lebih bebas dalam memperkata­kan karya-karya etnik yang banyak memaparkan hubungan budaya dengan alam, hubungan alam dengan kepercayaa­n dan hubungan kedua-duanya Pencipta.” dengan Sang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia