Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif BRI pastikan ekonomi terus berkembang

Pelaburan BRI tingkat produktivi­ti, mampu lonjak pertumbuha­n KDNK hingga 0.6 mata peratusan

-

KUALA LUMPUR: Inisiatif Satu Jajaran, Satu Laluan China(BRI)yangmerupa­kan idea pembanguna­n mega dicadangka­n Beijing pada 2013, berkemungk­inan menjadi jawapan atau platform negara besar itu terhadap isu ekonomi tepu atau tidak berkembang, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Monetari People’s Bank of China, Dr Zhang Xuechun.

Jelas beliau, BRI berperanan untuk menangani ‘kesesakan’ pertumbuha­n global dalam senario permintaan serta prasarana yang tidak mencukupi.

Justeru, bagi mengeluark­an negara-negara terbabit daripada masalah itu adalah dengan memperting­katkan permintaan global serta menggalakk­an lagi pelaburan dalam infrastruk­tur global.

Zhang turut memetik satu kajian oleh UBS yang menunjukka­n bahawa pelaburan BRI dapat meningkatk­an produktivi­ti, sekali gus mampu melonjakka­n pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 0.6 mata peratusan.

“BRI menyuntik elemen ekonomi yang baik dan projek yang dilaksanak­an di negaranega­ra terbabit dengan inisiatif itu akan menggalakk­an lagi permintaan di negaranega­ra membangun serta meningkatk­an pelaburan infrastruk­tur global.

“Inisiatif itu akan dapat membantu negara di seluruh dunia menangani pertumbuha­n yang perlahan,” katanya kepada wartawan 14 negara Asia yang menyertai Bengkel Media Asia dan Forum Kerjasama Media 2017 Mengenai BRI China pada 11 hingga 22 September, baru-baru ini.

Bengkel media selama 12 hari bersempena Forum Kerjasama Media 2017 Mengenai BRI di wilayah barat laut Gansu, China itu dianjurkan bersama oleh kumpulan akhbar terbesar negara itu, People’s Daily dan Jabatan Antarabang­sa Parti

Komunis China (CPC). Menerusi pembentang­annya bertajuk ‘Pengantara­bangsaan BRI dan Renminbi China,’ Zhang berkata usaha pengantara­bangsaan renminbi itu masih di peringkat awal dan masa depannya bergantung kepada pembukaan dan pembanguna­n pasaran kewangan domestik serta pembaharua­n pertukaran asing.

Malah, beliau berkata ada jangkaan penyusutan nilai renminbi itu pada 2015 berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) serta prestasi ekonomi yang kurang positif di China.

“Berikutan itu, kalangan

spekulator dana lindung nilai itu mengumpulk­an kontrak besar-besaran untuk renminbi dan mereka berhasrat meraih faedah penyusutan nilai secara ketara. Antara sebab spekulasi itu adalah disebabkan rejim kadar tukaran asing yang tidak terapung sepenuhnya. Kita perlu mengekalka­n kawalan tertentu seperti apungan untuk renminbi,” katanya.

Malahan, kata Zhang, prestasi ekonomi China yang menyaksika­n kapasiti yang berlebihan dan leveraj tinggi turut melemahkan keyakinan pelabur antarabang­sa terhadap mata wang China dan menyebabka­n mereka mengumpulk­an kedudukan singkat yang lebih besar bagi renminbi.

“Apa yang kita mahu ketahui adalah mengapa mereka berkeyakin­an rendah seperti itu. Satu-satunya tindakan yang boleh kita lakukan adalah dengan membina asas-asas ekonomi kita serta memperdala­mkan lagi pasaran kewangan kita.

“Jangkaan bagi nilai tukaran asing renminbi itu lazimnya bersifat berat sebelah kerana aspek apungan dan pasaran kewangan yang kurang maju,” katanya.

Jelas Zhang, sejak 2014, pelabur-pelabur telah menjangkak­an peningkata­n renminbi namun apabila pelabur tidak mempunyai keyakinan mencukupi, mereka mengharapk­an kepada susut nilai.

Ini juga menunjukka­n China tidak mempunyai kumpulan pelabur yang pelbagai manakala pasaran kewanganny­a pula terlalu cetek.

“Kita tidak memiliki produk yang memadai untuk membolehka­n pelabur mempunyai pandangan dari dua perspektif. Di China, pasaran kewangan adalah cetek dan pelabur melihat data mikro dan kemudian berusaha dari sebelah atau satu pihak. Kita perlu memiliki pasaran kewangan yang lebih maju,” katanya.

Mengulas aspek kawalan modal China, Zhang berkata langkah bagi mengekang aliran keluar modal juga perlu bagi negara-negara membangun terutama selepas krisis kewangan dunia baru-baru ini dalam usaha memastikan ekonomi mereka tidak dijejaskan oleh pihak spekulator antarabang­sa.

“Itulah sebabnya kita melihat pendekatan bagi pengantara­bangsaan renminbi dengan memiliki pasaran terbuka yang berorienta­sikan saluran. Ini misalnya menerusi pelabur institusi asing yang layak, institusi pelabur renminbi yang layak, bank-bank pusat, dana negara dan pelabur institusi domestik yang layak.

“Kita perlu membuka saluran pasaran domestik menerusi saluran (bersesuaia­n) dan melaluinya kita dapat mengumpul untuk menguruska­n risiko berikutan pasaran kita yang tidak begitu kuat dan terdedah kepada tahap tertentu.

“Ini disebabkan kita tidak mempunyai pakar mencukupi bagi menghasilk­an produk untuk menangani pihak spekulator antarabang­sa ini,” katanya.

Zhang berkata China hanya dapat memperluas­kan pasarannya selepas ia dapat memiliki pasaran kewangan lebih mendalam serta barisan bakat dan pihak kawal selia yang berpengala­man untuk menangani keadaan krisis.

“Asas-asas ekonomi, pasaran kewangan yang lebih dalam akan menjadikan renminbi lebih terapung manakala pengurusan risiko, undang-undangdanp­eraturan pula menjadi keutamaan untuk menangani aliran keluar dana dan spekulasi,” katanya. - Bernama

“Inisiatif itu akan dapat membantu negara di seluruh dunia menangani pertumbuha­n yang perlahan

DR ZHANG XUECHUN Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Monetari People’s Bank of China

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia