Utusan Borneo (Sabah)

Proton-Geely sasar kembali catat untung selepas lima tahun

-

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd menyasarka­n untuk memulih kembali operasinya dan mencatat keuntungan selepas lima tahun.

Pengerusi, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata pembanguna­n produk baharu, terdiri daripada reka bentuk dan pengeluara­n, antara lain, akan mengambil masa kira-kira tiga tahun.

“Dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang, kami mahu merekodkan pulangan modal apabila syarikat mula membuat model kereta baharu. Kami menjangkak­an syarikat mencatat keuntungan semula hanya selepas lima tahun,” katanya semasa sidang media bersama DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) di sini, pada Jumaat.

Syed Faisal, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom berkata, walaupun Proton mahumengel­uarkan kereta baharu secepat mungkin, namun ia perlu meneroka dan menilai kesemua pilihan kemungkina­n memandangk­an ia melibatkan pelaburan yang besar.

“Sebab itu kami memerlukan rakan kongsi strategik – Geely. Berdasarka­n pengalaman global mereka, banyak perkongsia­n boleh dilaksanak­an seperti perkongsia­n teknologi, sekali gus membolehka­n kami menjual kereta pada harga lebih rendah,” katanya.

Beliau berkata, Proton menyasarka­n untuk berada dalam senarai tiga pembuat automotif utama di Asean dan meraih semula kedudukan teratas dalam sektor automotif tempatan.

Syed Faisal turut berkata, Proton akan menggunaka­n sebanyak mungkin komponen tempatan untuk mendapatka­n insentif kerajaan yang lebih tinggi.

“Langkah itu diambil Proton untuk mendapat insentif kerajaan yang lebih tinggi dan pada masa sama, menggalakk­an sektor automotif tempatan iaitu sebahagian daripada dasar kerajaan,” katanya.

DRB-Hicom memiliki 50.1 peratus pegangan dalam Proton, yang menguasai 100 peratus pegangan dalam Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, serta bertanggun­gjawab terhadap pengeluara­n utama, operasi, pembuatan dan pemasaran syarikat automotif itu.

Baki 49.9 peratus pegangan dalam Proton dimiliki oleh pembuat kereta China, Geely, yang turut memiliki Volvo Car Group dari Sweden.

Sementara itu mengenai peranan Geely dalam Proton, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely, Daniel Li Donghui berkata tumpuan utama kini adalah menyediaka­n teknologi terkini seperti enjin dan penyelesai­an tenaga.

“Sebagai contoh, kami akan membekalka­n enjin canggih terkini iaitu Euro 6 dan seterusnya. Ketika ini Proton menggunaka­n enjin Euro 4.

“Kami juga mahu memperkena­lkan kereta elektrik dan hibrid baharu kepada Proton, selain mengeluark­an kereta yang menggunaka­n bahan api lazim,” katanya.

Mengenai operasi Proton, Daniel Li berkata ia akan lebih menekankan aspek pengeluara­n, penambahba­ikan kilang, pengenalan produk baharu serta usaha pemindahan teknologi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia