Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh lagi bangkai penyu ditemukan di Semporna

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Tidak sampai seminggu selepas lapan bangkai penyu ditemukan di Pulau Bum Bum, tujuh lagi bangkai penyu ditemukan kakitangan sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, malam Sabtu.

Seorang kakitangan yang dikenali sebagai Joe Stazz memberitah­u penemuan tujuh bangkai penyu itu adalah hasil maklumat pelanggan mereka yang terlihat penyu terapung semasa dalam perjalanan menuju ke resort.

Sebaik sahaja dimaklumka­n tentang perkara itu, Joe bersama beberapa rakan lain terus bergegas ke lokasi di mana penyu itu terapung.

Mereka tiba di lokasi itu pada jam 10.50 malam, lalu terus bertindak mengumpulk­an serta mengambil kesemua bangkai itu untuk ditempatka­n di satu kawasan. Ia bagi membolehka­n mereka menyerahka­n bangkai itu kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi tindakan selanjutny­a.

Dikhuatiri bangkai itu akan dihanyutka­n jika tidak dikumpulka­n di satu kawasan. Mereka meletakkan bangkai itu jauh daripada resort sementara menunggu penguatkua­sa JHL datang untuk mengambil bangkai berkenaan.

Berkemungk­inan bangkai penyu berkenaan adalah yang dihanyutka­n dari Pulau Bum Bum pada Khamis.

Pengarah JHL Augustine Tuuga ketika ditanya mengenai penemuan terbaharu itu berkata pihak jabatan akan menjalanka­n siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Pada Khamis, beliau dalam satu kenyataan memaklumka­n bahawa JHL menemukan kira-kira 100 tulang penyu di kawasan semak beberapa kampung sekitar Pulau Bum Bum. Ia dipercayai hasil aktiviti pemburuan haram terhadap penyu yang sudah berlaku sekian lama.

“Penemuan itu adalah hasil siasatan pihak berkuasa susulan laporan penemuan lapan bangkai penyu di tepi pantai berhampira­n Pulau Bum Bum,” katanya.

Gambar bangkai penyu yang berselerak disebarkan melalui laman media sosial pada Rabu.

 ?? - Gambar ehsan Joe Starzz ?? TUJUH bangkai penyu yang ditemukan di Pulau Mabul pada malam Sabtu.
- Gambar ehsan Joe Starzz TUJUH bangkai penyu yang ditemukan di Pulau Mabul pada malam Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia