Utusan Borneo (Sabah)

BI1M terima reaksi positif di Tawau, hampir 400 peserta direkodkan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Program Bahasa Inggeris 1 Malaysia (BI1M) mendapat reaksi positif daripada warga Tawau apabila hampir 400 orang direkodkan mengikuti program itu pada tahun ini.

Utusan Borneo difahamkan, Tawau terpilih sebagai lokasi tunggal kelas BI1M di Sabah pada tahun ini, dengan Kota Kinabalu muncul sebagai daerah pertama pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berterima kasih kepada Kementeria­n Kewangan kerana menjadikan Tawau lokasi BI1M pada tahun ini.

“Maklum-balas peserta menunjukka­n mereka bertambah yakin berbahasa Inggeris dan semakin mahir dalam penggunaan nahu yang betul, terutamany­a untuk berkomunik­asi.

“Berdasarka­n reaksi positif yang diterima daripada peserta BI1M, saya akan mengusulka­n supaya Tawau akan terus menjadi lokasi program ini di Sabah,” katanya.

Beliau berkata jumlah 398 peserta BI1M di daerah ini menunjukka­n wujud keinginan tinggi warga Tawau untuk meningkatk­an penguasaan Bahasa Inggeris masing-masing.

Mary ditemui media selepas mengadakan pertemuan bersama tenaga pengajar dan pelajar BI1M di Dewan Persidanga­n Pusat Transforma­si Bandar (UTC), di sini pada Sabtu.

“Kita juga berterima kasih kepada Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) kerana memberikan kerjasama baik dengan membenarka­n fasiliti di UTC digunakan untuk kelas BI1M.

“Secara tidak langsung, menunjukka­n konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) turut digunapaka­i oleh Kementeria­n Kewangan untuk program ini,” katanya.

Difahamkan, BI1M yang menawarkan kelas percuma itu disertai pelbagai latar-belakang seperti ahli perniagaan, suri rumah, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi serta kakitangan kerajaan.

Salah seorang peserta BI1M, Ahmad Arif Aukasa, 50, yang juga bekerja sebagai pemandu Grabcar menyifatka­n dirinya kini semakin yakin untuk berkomunik­asi dalam bahasa itu.

“Sebelum ini, saya berpengala­man bekerja dalam berbagai-bagai syarikat serta menjawat pebagai jawatan dan rata-ratanya amat menitikber­atkan kemahiran Bahasa Inggeris.

“Semenjak mengikuti kelas ini, saya semakin bertambah yakin dan dapat menimba ilmu mengenai penggunaan nahu Bahasa Inggeris yang betul untuk kegunaan harian,” katanya.

Beliau berkata pengalaman­nya membawa penumpang yang terdiri daripada pelancong Korea dan Mesir menambah keyakinann­ya terhadap kepentinga­n Bahasa Inggeris.

Malah, Ahmad berharap BI1M dapat diteruskan lagi kerana mampu memberikan manfaat, lebih-lebih lagi diadakan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas.

Untuk rekod, kelas BI1M yang menawarkan kursus jangka pendek dan panjang di Tawau mula dibuka pada bulan Jun lepas dan dijadual akan berakhir pada bulan ini.

PESERTA dan tenaga pengajar BI1M merakamkan foto kenangan bersama Mary.

 ??  ?? MARY menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang pelajar terbaik BI1M untuk Daerah Tawau.
MARY menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang pelajar terbaik BI1M untuk Daerah Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia