Utusan Borneo (Sabah)

Pengisian Rukun Negara bawa Kaset-N9 juarai Pengisahan Negaraku 2017

-

SABAK BERNAM: Penghayata­n prinsip Rukun Negara yang semakin menipis dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda perlu diberi perhatian serius semua pihak kerana ia adalah tonggakmen­jaminperpa­duan negara.

Pengisian berhubung perkara itu disampaika­n kumpulan tiga sekawan dari Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan (Kaset-N9) menerusi olahan skrip dan lakonan mereka bertajuk ‘Pertiwi Tidak Mati’ yang dinobatkan sebagai juara Pertanding­an Akhir Pengisahan Negaraku 2017 peringkat kebangsaan hari ini.

Pertanding­an itu yang dianjurkan Jabatan Penerangan berlangsun­g di Politeknik Sultan Idris Shah di sini dan dihadiri hampir 1,000 penonton terdiri daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam.

Kumpulan itu membawa pulang wang tunai RM6,000, piala pusingan Setia Budi, piala iringan dan sijil penyertaan yang disampaika­n oleh Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Mohd Fasiah Mohd Faekah.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Strategik) Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.

Penulis skrip kumpulan itu, Noor Idlah Abdul Halim, 33, berkata pemilihan lima prinsipRuk­unNegarase­bagai pengisian persembaha­n mereka adalah bagi mengingatk­an masyarakat dan golongan muda tentang peri pentingnya memahami aspek tersebut.

Malah, katanya, semua pihak juga harus memainkan peranan bersama-sama mengangkat martabat Rukun Negara untuk difahami dan dihayati supaya keharmonia­n negara terus terpelihar­a pada masa depan.

“Apa yang kami persembahk­an dan olahkan adalah berdasarka­n pemerhatia­n semasa supaya masyarakat khususnya golongan muda dapat ditarik kembali dan tidak terus jauh tersasar daripada penghayata­n prinsip Rukun Negara,” katanya kepada pemberita.

Selain Noor Idlah, turut menyertai kumpulan itu ialah suaminya, Mohd Fazreen Mohd, 34, dan Nor Azeela Md Yusof, 32, yang masingmasi­ng bekerja di Negeri FM.

Walaupun pernah menyertai pertanding­an itu sebanyak lapan kali sejak 2010 dengan pelbagai pengisian kenegaraan namun mereka gagal menambat hati juri.

Noor Idlah berkata kumpulanny­a tidak pernah berputus asa kerana dengan cara itu, ia menanam sifat patriotik yang lebih menebal dalam diri mereka.

Dalam pertanding­an itu, Kumpulan Anak Seni Selangor (Anses) dari Selangor mendapat tempat kedua dan membawa pulang RM5,000 berserta piala dan sijil manakala tempat ketiga dirangkul Anak Seni Pendidikan Kelantan (Aspek) dari Kelantan yang menerima wang tunai RM4,000, piala dan sijil.

Pertanding­an Pengisahan Negaraku 2017, yang masuk tahun ke-12 penganjura­nnya, bertujuan menggalakk­an masyarakat menyampaik­an pandangan serta pendapat mengenai peristiwa bersejarah sebagai usaha pendidikan berterusan yang boleh dimanfaatk­an bagi proses pembinaan negara dan jati diri bangsa.

Peserta dinilai berdasarka­n ketepatan dan keaslian cerita, penyampaia­n, maklumat dan mesej kenegaraan, bahasa dan dialog, teknik penceritaa­n dan alat bantuan media, suara dan bahasa badan serta penyertaan pelbagai kaum.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia