Utusan Borneo (Sabah)

Mohon tauliah atas talian Sebelum pendakwah dibenarkan mengajar atau berceramah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

Ole KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Para pendakwah yang ingin mengajar ataupun mengadakan ceramah di negeri ini disaran mendapatka­n pentauliah­an melalui sistem e-Tauliah yang telah disediakan atas talian.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif berkata, ia bertujuan memudahkan mereka mendapatka­n tauliah dalam masa singkat berbanding kaedah lama yang memakan masa yang agak lama.

Namun, pihaknya akan turut menjalanka­n sesi temuduga bagi individu tertentu demi memastikan mereka benar-benar layak mendapat pentauliah­an untuk mengajar ataupun mengadakan ceramah.

“Bagi pemohon yang tidak mempunyai masalah, kita akan memberikan tauliah itu manakala bagi yang belum mendapat kelulusan semasa memohon atas talian, DATUK ARIFIN ARIF

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

kita akan menjalanka­n sesi temuduga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Membakut di Masjid Jamek Kampung Brunei, malam Sabtu.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Adun Membakut berkata, bagi pendakwah atau penceramah yang tidak mempunyai tauliah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), akan beri peringatan dan

amaran.

“Sekiranya pendakwah atau penceramah didapati menjalanka­n aktiviti tanpa mendapat pentauliah­an terlebih dahulu sebelum melaksanak­an ceramah atau pengajaran agama, kita akan memberikan peringatan dan amaran kepada mereka.

“Bagi kesalahan yang berulang, kemungkina­n mereka tidak lagi akan dibenarkan mengajar ataupun mengadakan ceramah di negeri ini,” katanya. BEAUFORT: Ketua Belia Usia Sabah Jamawi Jaafar menyambut baik sistem eTauliah yang diperkenal­kan kerajaan negeri bagi memudahkan pemohon mendapatka­n pentauliah­an untuk mengajar atau berceramah agama di negeri ini.

Beliau berkata, pelaksanaa­n sistem itu sudah pasti akan memberi impak yang baik kepada Usia Sabah dalam menggerakk­an serta mengembang­kan lagi program dakwah di negeri ini.

“Bagi Belia Usia Sabah, kita mengucapka­n banyak terima kasih atas pendekatan ini kerana memudahkan para penceramah kita di masa hadapan mendapat tauliah untuk mengajar dan mengadakan ceramah keagamaan di negeri ini.

“Dengan adanya e-Tauliah ini, ia dapat memendekka­n proses dan mempercepa­tkan kelulusan untuk mengajar serta mengadakan ceramah agama berbanding kaedah terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Forum Santai ‘Sehati Sejiwa’ Hijrah Merdeka 2017 di Surau An-Nur Kampung Batu 3 Padas Valley, di sini, malam Sabtu.

“Bagi pemohon yang tidak mempunyai masalah, kita akan memberikan tauliah itu manakala bagi yang belum mendapat kelulusan semasa memohon atas talian, ” kita akan menjalanka­n sesi temuduga

Dalam pada itu, Jamawi memberitah­u Belia Usia Sabah akan terus turun padang melaksanak­an program dakwah yang menampilka­n 21 ustaz muda yang masingmasi­ng mempunyai cara dan pendekatan baharu.

Beliau melihat trend anak muda masa kini yang lebih gemar dengan program yang lebih ke arah santai setelah melaksanak­an satu program dakwah di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Program Forum Santai yang diadakan di Beaufort pada malam Sabtu itu adalah kali keenam dan merupakan lokasi terakhir dalam siri jelajah Belia Usia Sabah di seluruh zon di negeri ini.

Program itu bertujuan menyebarka­n syiar Islam seterusnya mendekatka­n golongan muda terhadap agama menerusi program dakwah yang diyakini mampu memberi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat Islam.

 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Membakut di Masjid Jamek Kampung Brunei.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Membakut di Masjid Jamek Kampung Brunei.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada Program Forum Santai ‘Sehati Sejiwa’ Hijrah Merdeka 2017.
SEBAHAGIAN yang hadir pada Program Forum Santai ‘Sehati Sejiwa’ Hijrah Merdeka 2017.
 ??  ?? JAMAWI (kanan) berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
JAMAWI (kanan) berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
 ??  ?? ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia