Utusan Borneo (Sabah)

Rambut kekal sihat dengan syampu uban, Supersoft

-

KUALA LUMPUR :

Tidak kira golongan wanita mahupun lelaki, rambut adalah merupakan satu ‘mahkota’ yang perlu dijaga rapi.

Atas beberapa faktor tertentu seperti iklim, pemakanan dan umur, ia menjadi satu cabaran untuk mengekalka­n rambut sihat sepanjang masa.

Menyedari permasalah­an itu, syarikat produk kecantikan dan kesihatan V’Asia Cosmetic & Healthcare (V’Asia) tampil menawarkan Syampu Uban Extra Lebat yang telah dirumus khas secara terperinci menggunaka­n ramuan terpilih bagi menanganin­ya.

Menurut pengasas V’Asia, Datuk Azril Mohd. Radzi (gambar), produk tersebut mampu mengembali­kan kecantikan dan kekuatan rambut dari akarnya di samping membantu memelihara warna asal ‘mahkota’ orang ramai berkenaan.

“Produk ini sesuai bagi orang ramai yang mempunyai masalah kelemumur, rambut kering, keguguran rambut, bercabang dan rosak seterusnya menjadikan ia kekal sihat dan bermaya.

“Malah, sesuai dengan nama produk ini, ia juga dapat menghitamk­an kembali rambut anda seterusnya mengatasi masalah rambut beruban yang sukar untuk diatasi,” katanya kepada Aura Juita barubaru ini.

Azril berkongsi, antara bahan-bahan ramuan yang digunakan untuk Syampu Uban Extra Lebat adalah inai, ginseng, minyak zaitun dan lidah buaya (aloe vera).

Setiap botol Syampu Uban Extra Lebat adalah bersaiz 200 mililiter (ml) dan dijual pada harga RM27 bagi Sabah dan Sarawak.

Bagi orang ramai yang ingin tingkatkan keputusan optimum pada rambut, anda juga boleh mencuba produk Supersoft 2 Dalam 1 yang diformulas­ikan khusus sebagai perapi rambut yang mampu mengekalka­n kelembutan­nya.

Jelas Azril, produk itu juga berupaya untuk merawat rambut yang bermasalah selain boleh juga digunakan oleh golongan lelaki mahupun wanita.

Supersoft 2 Dalam 1 ditawarkan pada harga RM27 bagi sebotol 100ml. Orang ramai yang berminat untuk mendapatka­n kedua-dua produk ini boleh menghubung­i V’Asia di talian 1-800-88-3990 untuk sebarang pesanan.

Untuk mendapatka­n rangkaian produk keluaran V’Asia yang lain, orang ramai boleh mengunjung­i toko-toko jamu berhampira­n di seluruh Malaysia atau melalui pembelian atas talian seperti Lazada, Shopee dan 11street.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia