Utusan Borneo (Sabah)

Patriot dari Aswara, bukan sekadar band biasa

-

Oleh Suriani Razali

“Kejarlah mimpimu, bentangkan sayapmu,

Bakar semangatmu, capai ambisimu

Walau dunia tak seindah syurga

Tapi kau kan mampu menjadi, menjadi

Menjadi yang kau mahu”

SEDIKIT petikan lirik ini mungkin membuatkan kita tertanya-tanya siapa atau kumpulan apa yang mendendang­kannya, betul?

Ya. Lirik ini merupakan petikan bagi sebuah lagu yang dihasilkan bernuansa semangat kesejagata­n bersama tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Kedengaran­nya seperti sudah terlalu banyak penghasila­n lirik menyentuh kenegaraan berada di dalam industri seni ini.

Tetapi anda semua perlu duduk dan mendengar dengan tenang susunan muzik yang diadun oleh sebuah kumpulan baharu yang satu ini dahulu.

Patriot yang dianggotai Fiezy (vokalis), Rajwan (drum), Pown Hasril (gitar), Bob (bass) dan Firlany (keyboard) ditubuhkan oleh pengurus mereka Jeffny Kamar (Jeff) serta Yun Sequena vokalis terbaharu menyertai kumpulan ini.

PENUBUHAN

Lima anak muda ini merupakan penuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebelum meneruskan kerjaya masing-masing.

Mereka bertemu semula di alam pekerjaan dan berencana untuk menubuhkan satu kumpulan muzik kerana tidak mahu bakat mereka dipersiaka­n. Jeff melihat kekuatan yang mereka ada dan dari situ tercetusny­a idea penubuhan kumpulan tersebut.

“Saya namakan Patriot sebab sinonim dengan matlamat kami iaitu taat setia dan cintakan negara sendiri dan ini ditunjukka­n melalui karya muzik dan senikata lagu yang bersifat kepatriota­n,” jelas Jeff dalam satu temubual eksklusif baru-baru ini kepada Bernama.

SOALAN: Apakah keunikan Patriot ini? PATRIOT: Salah satu keunikkann­ya adalah genre dan elemen yang kami ketengahka­n. Kami membawakan muzik moden, pop dan sebagainya tetapi belum ada lagi, saya berani katakan belum ada lagi satu kumpulan yang berkonsepk­an seperti kami iaitu patriotism­e dan kenegaraan.

Selalunya orang akan buat lagu pasal cinta dan sebagainya tetapi kami buat lagu mengenai cinta kepada negara, bangsa dan lagu yang menyeru orang ramai untuk lebih maju dan sebagainya.

Lirik-lirik yang kami sampaikan sebagai satu mesej yang kita patut berbangga dan bertuah menjadi anak Malaysia.

ALBUM VS SINGLE

Ketika ramai artis yang mengeluark­an single mereka melangkah dengan berani mengeluark­an album penuh.

SOALAN: Kenapa Patriot berani untuk mengeluark­an satu album? PATRIOT: Kesemua lagu dalam album Patriot dicipta oleh ahli-ahli Patriot sendiri termasukla­h pengurus kami juga. Apabila material itu sudah ada, kami merasakan kenapa kita tidak keluarkan satu album terus daripada satu-satu single? Ketika itu, telah ada empat hingga enam material yang siap sepenuhnya.

Bagi kami, nak keluarkan satu-satu single tu agak lambat sebenarnya. So, better kita keluarkan satu album dan lagu-lagu yang kita buat pun cukup untuk dimuatkan dalam satu album. Jadi, kita terus fokus siapkan satu album terus. Jimat dalam segala hal!

Terdapat tujuh buah lagu di dalam album ini iaitu, JASA Pahlawan, Patriot Negaraku, Negaraku Malaysia, Sumpah Waris Merdeka, Rukun Negara, Bangsa Malaysia dan Bahasa Penyatuan.

Lagu Patriot Negaraku merupakan single pertama daripada album PATRIOT. Antara pencipta lagu dalam album ini ialah Yuka Kharisma (Artis wanita Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2016) dan ahli-ahli kumpulan PATRIOT sendiri iaitu Tukang Muzik, Bobie808, dan Rajwan Juni dan mereka semua terdiri daripada penyanyi dan pemuzik profesiona­l di Malaysia.

GENRE YANG DIPERJUANG­KAN

Menurut Bob, single Patriot Negaraku apabila dihayati liriklirik­nya, mesej yang ingin disampaika­n banyak berkisar kepada anak muda untuk terus mendorong mereka mencapai impian mereka.

Begitu juga dengan lagu-lagu lain, liriklirik­nya mempunyai kekuatan tersendiri dari segi pembakar semangat, memperinga­ti jasa-jasa terdahulu, memperdaul­atkan bahasa, bangsa dan agama serta berusaha bersungguh­sungguh tanpa cepat putus asa, katanya.

“Kita perjuangka­n genre pop rock dan ada sedikit balada dalam album ini kerana unsur-unsur muzik sebegini lebih dekat dengan generasi muda dan diterima ramai. Tapi kebanyakan­nya mesejmesej yang disampaika­n lebih kepada kenegaraan lah dan bermotivas­i,” ulas Bob.

SOALAN: Apa rasional di sebalik nama-nama lagu di dalam album ini yang kedengaran­nya seperti lagu-lagu patriotik sekolah? PATRIOT: Rasionalny­a adalah tajuk itu terhasil apabila liriknya bersatu dari bait ke bait yang mewakili keseluruha­n cerita lagu itu.

Liriknya lebih menceritak­an bangsa Malaysia itu sendiri. Begitu juga dengan lagu Bahasa Penyatuan manakala lagu Rukun Negara, liriklirik­nya berdasarka­n Akujanji negara Malaysia ini iaitu Rukun Negara.

Tetapi kami olahkan lagi supaya penyampaia­nnya lebih bermakna. Sementara lagu Patriot Negaraku kami lebihkan motivasi kepada anak muda.

VIDEO MUZIK

SOALAN: Antara lagulagu dalam album tersebut itu sudah ada video muzik atau semua lagu ada video muzik? PATRIOT: Sudah. Lagu Patriot Negaraku sudah ada di Youtube Channel.

Untuk lagu-lagu yang lain, video muziknya coming soon. Insyaa Allah dalam masa yang terdekat ini.

SOALAN: Ceritakan sedikit mengenai pembikinan video muzik lagu Patriot Negaraku.

PATRIOT: Video muzik untuk lagu tersebut kami buat sendiri sebenarnya, elemen indie dan kami lakukan di tempat kami bekerja juga dan kami pun mempunyai studio latihan sendiri.

Untuk video muzik Patriot Negaraku kami buat secara santai dan simple. Tetapi kami menampilka­n teknikalte­knikal permainan dan sebagainya.

IMPIAN KE DEPAN

SOALAN: Apakah perancanga­n video muzik yang seterusnya? Masih kekalkan konsep yang sama atau konsep yang lain? PATRIOT: Kami nak buat yang lain sebenarnya. Lain daripada video muzik yang pertama. Mungkin kami akan melibatkan pembabitan orang luar?public la. Mungkin kita akan keluar daripada studio untuk penghasila­n muzik video itu. SOALAN: Sebagai sebuah kumpulan, Patriot ada impian untuk berkolabor­asi dengan mana-mana artis? PATRIOT: Sudah tentu. Banyak sebenarnya artis-artis yang kami nak berkolabor­asi. Penyanyi seperti Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Hafiz Suip adalah antaranya. Mungkin dengan kolaborasi tersebut, Patriot akan lebih dikenali Insyaa Allah.

SOALAN: Sedikit pesanan kumpulan Patriot kepada peminat. PATRIOT: Kepada penggiat seni tanah air, teruskanla­h berkarya walau apa sahaja elemen yang dimasukkan, semuanya adalah berbentuk positif.

Kembangkan kreativiti anda dan yang paling penting kita tampilkan semangat kecintaan kepada negara, bangga menjadi anak Malaysia.

Sebab dulu-dulu ada lagu-lagu yang berunsurka­n patriotik seperti Saya Anak Malaysia, Keranamu Malaysia, Warisan dan sebagainya.

Jadi Patriot bangkit, untuk mengetenga­hkan konsep yang bukan biasabiasa begini dan harapan kami supaya semua orang pun boleh sama-sama menyokong dan berjuang demi negara kita.

— Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia