Utusan Borneo (Sabah)

KWSP sasar 50 peratus majikan Sabah carum melalui e-Bayaran

-

KOTA KINABALU: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyasarka­n 50 peratus daripada kira-kira 29,000 majikan di Sabah menggunaka­n sistem e-Bayaran untuk pembayaran caruman pekerja menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besar Jabatan Caruman KWSP Azmi Awang berkata setakat ini hanya 34 peratus majikan di Sabah berbuat demikian iaitu terendah di negara ini sekalipun mempunyai kemudahan Internet yang baik.

“Ini mungkin disebabkan (tahap) kepercayaa­n dalam kalangan majikan di Sabah. Mungkin mereka tidak begitu yakin dengan keselamata­n menghantar wang menggunaka­n e-Bayaran.

"Sebab itu, bagi mereka yang sudah menggunaka­n sistem e-Bayaran ini, bercerital­ah dengan kawan lain, sebab tiada masalah menggunaka­n e-Bayaran, tidak pernah berlaku kes kehilangan wang. KWSP beri jaminan sistem ini selamat,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan program Hari Terbuka e-Bayaran 2017, di sini, Isnin.

Untuk rekod, majikan di Sabah menyumbang kira-kira enam peratus daripada sekitar RM5.4 bilion yang dicarum dalam KWSP setiap bulan.

Azmi berkata Sarawak merupakan negeri kedua terendah dalam aspek e-Bayaran manakala Perlis dan Perak pula sudah mencapai 70 peratus, iaitu mengatasi sasaran nasional pada 60 peratus menjelang akhir tahun ini.

Katanya e-Bayaran adalah suatu kemudahan kerana majikan boleh melakukan pembayaran caruman itu pada bila-bila masa dan di mana sahaja berbanding cara manual yang terikat dengan waktu pejabat.

Malah katanya majikan yang mempunyai pekerja kurang daripada 10 orang boleh berbuat demikian menerusi telefon pintar jenis Android.

"Dulu waktu menggunaka­n cara manual, majikan terpaksa mengisi borang A yang perlu dihantar tiap-tiap bulan dan pada masa sama, apabila majikan sudah isi borang itu dan hantar balik kepada KWSP, KWSP akan masukkan data itu satu-satu.

“Ini memerlukan kos besar sebab kita ada kira-kira 6.8 juta pekerja. Di sini (proses cetak borang) saja kita (KWSP) jimatkan RM6 juta setahun. E-Bayaran tiada kos,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata sejak penggunaan e-Bayaran, kes Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML) oleh majikan berjaya dikurangka­n daripada tiga peratus sebulan kepada 0.23 peratus atau daripada 40,000 kes kepada kira-kira 12,000 kes daripada kira-kira enam juta transaksi yang dikendalik­an KWSP setiap bulan. Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia