Utusan Borneo (Sabah)

Pekan Baharu Ulu Dusun jana ekonomi setempat

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ketua Menteri TanSriMusa­HajiAmanbe­rkata usaha kerajaan membangunk­an Pekan Baru Ulu Dusun adalah untuk kesejahter­aan rakyat, khasnya penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

“Ini akan memberi ruang yang luas pada rakyat di sekitar kawasan ini untuk berniaga sekaligus dapat meningkatk­an ekonomi keluarga masingmasi­ng,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pekan Baru Ulu Dusun, di sini, pagi Isnin.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaska­n kewujudan pekan baharu itu akan mampu menjana ekonomi setempat selain menerima arus pembanguna­n lebih moden dan selesa.

“Pekan baharu ini akan memainkan peranan penting dalam menarik lebih ramai kehadiran pelancong serta pengunjung berdasarka­n lokasinya yang merupakan tempat persinggah­an,” katanya.

Musa berkata lokasi itu adalah persinggah­an pengunjung dari Tawau, Semporna dan Lahad Datu yang hendak ke Sandakan dan Kota Kinabalu.

“Begitu juga dari Kota Kinabalu, Ranau atau Telupid yang hendak ke Tawau atau Sandakan yang menjadikan kawasan pekan baharu ini sebagai persinggah­an bagi minum, rehat dan membeli barangan sebelum meneruskan perjalanan mereka,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan memikirkan untuk menempatka­n beberapa agensi kerajaan sebagai usaha membantu penduduk di kawasan itu.

Dalampadai­tu,beliauberk­ata pihak kerajaan akan berusaha membangunk­an kawasankaw­asan yang difikirkan sesuai dibangunka­n seperti Pekan Baru Ulu Dusun itu.

“Tanggungja­wab ini diletakkan di bawah Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB),” katanya.

Kewujudan pekan baharu seperti itu akan memberi impak besar kepada rakyat dan kerajaan dari segi kehadiran pelancong.

“Kehadiran rakyat negara China ke Sabah telah mencecah 400 ribu yang boleh mencecah sehingga 1 juta orang setahun. Laporan ini kita terima daripada agensi pelanconga­n negara China semasa lawatan saya ke sana,” katanya.

Musa berkata agensi pelanconga­n itu juga meminta kerajaan negeri menyediaka­n penginapan, pusat peranginan (resort) dan restoran yang lebih banyak bagi menampung kehadiran pelancong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia