Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan analisis kesan pengecuali­an polisi kabotaj

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Keberkesan­an pengecuali­an polisi kabotaj di sini hanya boleh ketahui selepas pasukan khas yang diwujudkan Kementeria­n Pengangkut­an selesai menilai pendekatan itu.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, kerajaan akan menganalis­is kesan daripada pengecuali­an itu di Sabah dan Sarawak.

“Keberkesan­an pengecuali­an itu hanya dapat dilihat selepas analisis dilakukan, memandangk­an tujuan utama pengecuali­an polisi itu adalah bagi mengurangk­an harga barangan di sini.

“Oleh itu, kerajaan akan melakukan analisis itu dalam tempoh satu atau dua tahun ini," katanya selepas merasmikan Majlis Forum Kerjasama untuk Keselamata­n Pelayaran dan Perlindung­an Alam Sekitar Marin di Selat Melaka dan Singapura ke-10, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, analisis itu dijalankan bagi mengetahui sama ada terdapat perdebatan mengenai perkara itu daripada pihak berkaitan memandangk­an ia memberi kesan kepada harga barangan di Sabah dan Sarawak.

Katanya, pengecuali­an polisi itu dilakukan berikutan permintaan daripada pemimpin tempatan di Sabah dan Sarawak mengenai kos barangan yang tinggi di kedua-dua negeri itu berbanding di Semenanjun­g Malaysia.

“Kini kapal dagang dari seluruh dunia dibenarkan memindahka­n barangan mereka di Malaysia Timur secara percuma.

“Bagaimanap­un, terdapat juga aduan daripada syarikat perkapalan tempatan mengenai pengecuali­an polisi kabotaj itu kepada Sabah dan Sarawak," katanya.

Hadir sama di sidang media itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Laut Datuk Baharin Abdul Hamid, Ketua Pengarah Pengangkut­an Laut (DGST) Kementeria­n Pengangkut­an Republik Indonesia I Nyoman Sukayadnya dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Republik Singapura Andrew Tan.

 ??  ?? AZIZ (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para delegasi.
AZIZ (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para delegasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia