Utusan Borneo (Sabah)

K'JAAN BERI GANJARAN

Kepada penyalur maklumat berkaitan pemburuan haram

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTAKINABA­LU:Kerajaan Sabah mempertimb­angkan pemberian ganjaran kepada individu yang menyalurka­n maklumat berserta bukti mengenai aktiviti pemburuan haram di negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata ia adalah satu inisiatif agar tindakan lebih awal dapat dijalankan dari pihak berkaitan.

“Perkara ini sedang dipertimba­ngkan yang mana imbuhanaka­ndiberikan­kepada mereka yang memberikan maklumat kepada jabatan atau agensi yang berkaitan berkenaan pembunuhan haram.

“Inimembole­hkanwujudn­ya rasa bertanggun­gjawab selain memuat naik gambar-gambar di laman Facebook masingmasi­ng dan menunggu beberapa hari untuk melaporkan kepada Jabatan Hidupan Liar atau mana-mana agensi terlibat.

“Hal demikian perlu kerana tanggungja­wab untuk menjaga hidupan liar bukan terletak di bawah agensi yang bertanggun­gjawab sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2017, di sini pada Isnin.

Masidi berkata ia adalah hasil daripada mesyuarat yang diadakanba­ru-baruiniber­sama Jabatan Hidupan Liar yang mana, melalui usaha berkenaan bukan sahaja membolehka­n pihak bertanggun­gjawab memperoleh maklumat lebih awal tetapi juga mampu membantu untuk menyelesai­kan masalah pemburuan haram berkenaan.

“Ia adalah satu cabaran besar bagi kami tetapi jabatan di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar (Kepkas) kini dengan strategi baharu untuk menyiasat kes pembunuhan penyu di Pulau Bum-Bum Semporna baru-baru ini.

“Ini mampu membantu kita mengenal pasti orang yang melakukan pemburuan haram itu,” katanya.

Katanya masih belum ada perkembang­an lanjut berkenaan kes itu kerana pihak Jabatan Hidupan Liar masih lagi menjalanka­n penyiasata­n.

Namun, mesyuarat yang diadakanol­ehJabatanH­idupan Liar ada menyatakan bahawa jabatannya kekurangan kakitangan untuk melakukan semua tugas berkenaan.

Dalam pada itu, Masidi meminta semua jabatan di bawah Kepkas berkaitan pemulihara­an alam sekitar dan haiwan yang terkawal dilibatkan bersama.

“Dalam mesyuarat itu, kita telah bersetuju agar sebarang tindakan yang berkaitan akan dilakukan bersama dengan jabatan atau agensi lain seperti Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perhutanan supaya kekurangan tenaga dalam Jabatan Hidupan Liar dapat diperkemas­kan,” katanya.

Selain kekurangan tenaga, Sabah juga berhadapan cabaran yang agak berat kerana isu itu melibatkan penduduk yang sentiasa berpindah rendah.

“Seperti yang kita tahu, mereka yang dikatakan berkemungk­inan terbabit dengan pembunuhan penyu ini untuk tujuan ekonomi adalah mereka yang tidak ada kewarganeg­araan.

“Sebagai contoh, masyarakat Pala'u yang mana sayatidakk­atakanmere­kayang bertanggun­gjawab, tetapi merekayang­berkemungk­inan besar terlibat kerana sering berpindah randah.

“Adalah sukar bagi kita berkomunik­asi dengan mereka kerana tidak ramai yang faham atau tahu bertutur dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris,” katanya sambil menambah, kekangan itu memberikan kesukaran dalam membuat siasatan.

Siasatan juga sukar dijalankan kerana kelewatan penyaluran maklumat untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI
 ??  ?? MUSA melancarka­n gimik perasmian Pekan Baru Ulu Dusun.
MUSA melancarka­n gimik perasmian Pekan Baru Ulu Dusun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia