Utusan Borneo (Sabah)

Dana RM25.38 juta disediakan

Malaysia jaga keselamata­n di Selat Melaka dan Singapura

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Malaysia sekali lagi diberi tanggungja­wab penuh selama tiga tahun bagi mekanisme kerjasama dalam perihal menjaga keselamata­n dan penyelenga­raan menerusi Tabung Bantuan Alat Pelayaran (ANF) di Selat Melaka dan Singapura.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, tanggungja­wab itu diberikan selama tempoh tiga tahun dari 2018 sehingga 2020 yang mana usaha itu sebelum ini dilaksanak­an oleh Singapura.

“Dana ANF yang berjumlah RM25.38 juta (AS$6 juta) itu akan digunakan untuk tujuan menjaga keselamata­n Selat Melaka dan Singapura dengan menggunaka­n teknologi terkini dalam alat pelayaran.

“Malaysia pernah diberikan tanggungja­wab itu pada 2008 sehingga 2012 sebelum Singapura mengambil alih tanggungja­wab itu.

“Kita juga mengucapka­n terima kasih kepada semua negara yang menyumbang­kan dana kepada tabung ini seperti China, India, Jepun, Indonesia, Republik Korea, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Internatio­nal Foundation for Aids to Navigation (IFAN), Internatio­nal Maritime Organizati­on (IMO), Malacca Strait Council (MSC), The Internatio­nal Chamber of Shipping (ICS), serta banyak lagi negara dan organisasi,” katanya.

DATUK ABDUL AZIZ KAPRAWI Timbalan Menteri Pengangkut­an

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Forum Kerjasama untuk Keselamata­n Pelayaran dan Perlindung­an Alam Sekitar Marin di Selat Melaka dan Singapura ke-10, di sini pada Isnin.

Abdul Aziz berkata, jumlah dana yang disumbangk­an kepada tabung itu sejak 2008 adalah berjumlah RM85.44 juta (AS$20.2 juta) dan bakinya AS$6 juta kini akan diserahkan kepada Malaysia.

Katanya, objektif mekanisme kerjasama itu adalah bagi memperkena­lkan usahasama di antara negara kawasan dan juga negara pengguna Selat Melaka dan Singapura, khususnya menyelengg­ara semua peralatan bantuan pelayaran di selat berkenaan dalam usaha memastikan ia kekal sebagai laluan perkapalan selamat di rantau ini.

“Kapal pelbagai guna baharu MV Polaris yang dilengkapi alat-alat pengurusan terkini akan digunakan bagi membantu perihal berkaitan kecemasan kapal yang menggunaka­n Selat Melaka dan Singapura.

“Selat Melaka adalah laluan yang paling sibuk di dunia apabila sejumlah purata 83,740 kapal menggunaka­n laluan itu pada 2016.

“Sekiranya digabungka­n dengan Selat Melaka dan Singapura, jumlah purata penggunaan laluan itu oleh kapal dagang dari negara berkaitan adalah berjumlah 130,000 setahun,” katanya.

Menurutnya, antara komponen utama dalam mekanisma kerjasama itu, pertama adalah adakan dialog dan perbincang­an bersama negara terlibat. Kedua adalah berkaitan dengan pelaksanaa­n Jawatankua­sa Penyelaras­an Projek (PCC).

Abdul Aziz berkata, terdapat 13 projek selat yang diperkenal dan akan dilaksanak­an oleh negara-negara pesisiran selain menerima bantuan kewangan serta teknikal daripada pengguna laluan selat berkenaan.

“Oleh itu, saya menyeru agar para pengguna kedua-dua laluan selat ini untuk memberikan pertimbang­an yang serius kepada projek yang sedang dilaksanak­an ini.

“Saya menggalakk­an para penaja dan bakal pelabur agar duduk bersama dengan negara-negara kawasan pesisiran untuk membincang­kan pendekatan bagi melaksanak­an projek berkenaan dalam forum ke-10 ini,” katanya.

Katanya, IMO juga memainkan peranan penting dalam kerjasama itu yang mana berjaya melaksanak­an Projek Demonstras­i Lebuh Raya Elektronik Marin di Selat Melaka dan Singapura.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Laut Datuk Baharin Abdul Hamid, Ketua Pengarah Pengangkut­an Laut (DGST) Kementeria­n Pengangkut­an Republik Indonesia I Nyoman Sukayadnya dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Republik Singapura Andrew Tan.

Dalam majlis yang sama, Abdul Aziz turut menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) Kajian Semula Hidrografi­k bagi Skim Penyuraian Trafik di Selat Melaka dan Singapura di antara Malaysia, Singapura, Indonesia serta Kementeria­n Tanah, Infrastruk­tur, Pengangkut­an dan Pelanconga­n Jepun.

“Dana ANF yang berjumlah RM25.38 juta (AS$6 juta) itu akan digunakan untuk tujuan menjaga keselamata­n Selat Melaka dan Singapura dengan menggunaka­n teknologi ” terkini dalam alat pelayaran.

 ??  ?? AZIZ (dua kiri) menyaksika­n penyerahan replika cek daripada Andrew (kiri) kepada Baharin, turut kelihatan ialah I Nyoman (kanan).
AZIZ (dua kiri) menyaksika­n penyerahan replika cek daripada Andrew (kiri) kepada Baharin, turut kelihatan ialah I Nyoman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia