Utusan Borneo (Sabah)

10 kumpulan tari zapin termasuk dari luar negara bakal sertai Festival Zapin Borneo 2017

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sebanyak 10 kumpulan tari zapin termasuk dari luar negara dijangka bakal menyertai Festival Zapin Borneo (FZB) pada 18-19 November di Kg Sungai Imam, di sini.

Pengarah FZB 2017 Mohammad Yusup Lewah berkata festival kali keempat itu setakat ini sudah menerima pengesahan penyertaan daripada enam kumpulan tari zapin.

“Kumpulan tari zapin dari Indonesia, Brunei, Labuan, Papar, Beaufort dan Tawau sudah memberikan maklumbala­s untuk menyertai FZB,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata FZB komitmen berterusan mengangkat martabat irama tradisiona­l zapin dan untuk memberitah­u orang luar bahawa penduduk Tawau juga ada penggiat zapin.

Pada tahun ini juga, FZB buat pertama kalinya diadakan di Kg Sungai Imam iaitu kawasan luar bandar (tiga siri penganjura­n terdahulu diadakan di Bandar Tawau).

“Sejajar pemilihan Kg Sungai Imam, tahun ini penganjura­n FZB diadakan dengan kerjasama Komuniti Sepupu Sepapat Sungai Imam Tawau Sabah (KSSITS).

“Pemilihan lokasi baharu penganjura­n ini juga selaras dengan usaha kita untuk memperkena­lkan Kg Sungai Imam sebagai pusat pelanconga­n baharu di Sabah,” katanya.

Yusup berkata sambutan yang diterima dalam tiga penganjura­n terdahulu menunjukka­n FZB berupaya menarik perhatian masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum.

Malah, irama zapin juga sudah mengalami evolusi dan terdedah dengan pengaruh kontempora­ri yang lebih rancak dan segar sekaligus menarik perhatian anak muda.

“Sekalipun berlaku evolusi muzik, namun irama asli zapin tetap tidak diketepika­n, khususnya melalui penggunaan instrumen tradisiona­l seperti gambus, ketipung dan biola.

“Pada masa sama, kita turut menaruh harapan supaya FZB menerima pengiktira­fan Kerajaan Negeri untuk dimasukkan ke dalam Kalendar Pelanconga­n Sabah,” katanya.

Beliau mengajak warga Tawau hadir beramai-ramai dan penyertaan kepada kumpulan tari masih dibuka jika masih ada yang berminat menyertai FZB.

 ??  ?? YUSUP
YUSUP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia