Utusan Borneo (Sabah)

SJAM Lahad Datu anjur Kempen Derma Darah

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: St John Ambulans Malaysia (SJAM) daerah ini dengan kerjasama Hospital Lahad Datu dan Wisma Ramai-ramai telah mengadakan Kempen Derma Darah bertempat di ruang legar Wisma Ramai-ramai, di sini pada Ahad.

Seramai 41 pengunjung telah mengambil bahagian dalam menjayakan program itu yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir 12.30 tengahari.

Pegawai Turus Kawasan (Perhubunga­n) Daerah Lahad Datu Sabarudin Paruki berkata, program bertujuan mengisi keperluan Tabung Darah Hospital Lahad Datu yang semakin berkuranga­n.

“Ini merupakan pendekatan yang diambilole­hSJAMdalam­membantu sesiapa sahaja yang memerlukan darah tanpa mengira status agama, bangsa dan keturunan.

“Ia juga adalah sebahagian daripada tanggungja­wab kami membantu masyarakat setempat bagi menambah keperluan untuk tujuan itu,” katanya sambil menambah, dengan adanya

pengunjung Wisma Ramai-Ramai yang mengambil bahagian dalam program itu.

aktiviti sedemikian diharap dapat memupuk nilai kekitaan dan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Dalam pada itu, Sabarudin berkata daripada 41 penyertaan, pihaknya telah berjaya mengumpul sebanyak 28 pain darah yang kemudianny­a diserahkan kepada pihak hospital untuk keperluan para pesakit.

“Saya berharap program yang kami adakan pada pagi ini akan dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai terutamany­a daripada kalangan masyarakat setempat serta para pelanggan Wisma Ramai-Ramai,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Pemerintah Kawasan Lahad Datu Ishak Y Polli.

 ??  ?? ANTARA
ANTARA
 ??  ?? ISHAK (enam kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pihak Wisma Ramai-Ramai di atas kerjasama menjayakan program itu.
ISHAK (enam kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pihak Wisma Ramai-Ramai di atas kerjasama menjayakan program itu.
 ??  ?? SABARUDIN (sebelah kiri salah seorang penderma) merakamkan album bersama pegawai dan anggota SJAM.
SABARUDIN (sebelah kiri salah seorang penderma) merakamkan album bersama pegawai dan anggota SJAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia