Utusan Borneo (Sabah)

Perbanyak penganjura­n Kem Matematik: Raime

- Oleh DELLROY

TENOM: Penganjura­n Program Kem Matematik Perdana wajar diperbanya­kkan bagi meningkatk­an lagi minat dan penguasaan pelajar berkaitan mata pelajaran Matematik yang ditawarkan di peringkat sekolah menengah.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, Kem Matematik Perdana itu menanam harapan agar para pelajar dapat merangsang minat dalam subjek Matematik di samping dapat mengubah persepsi negatif mereka terhadap mata pelajaran itu.

Ia kerana, antara masalah utama para pelajar menjadi malas untuk mencapai kecemerlan­gan adalah disebabkan kurangnya keyakinan dan kemahiran untuk memahami konsep asas dalam mata pelajaran Matematik, akhirnya mereka mengambil sikap tidak serius dan menjadikan mata pelajaran itu sebagai cukup lulus sahaja di peringkat PT3, SPM dan STPM.

“Kesannya, pelajar yang memperoleh­i keputusan rendahdank­urangmemua­skan dalam mata pelajaran ini akan menyebabka­n mereka sukar mengambil program dalam aliran sains, kejurutera­an, perubatan dan perakaunan yang ditawarkan di peringkat universiti.

“Justeru, tidak salah untuk satu universiti turun ke setiap sekolah di Negeri Sabah ini melalui penganjura­n program komuniti dan akademik agar pelajar khususnya yang berada di bandar dan pedalaman terdedah secara langsung kepada realiti kehidupan mahasiswa di kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kem Matematik Perdana ‘Matematik Pencetus Minda Kritis’ anjuran Program Matematik dengan Grafik Berkompute­r Fakulti Sains dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ia diadakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tenom, Persatuan Sains dan Matematik Malaysia (Persama) serta Pejabat Perhubunga­n Parlimen Tenom di Taman Pertanian Sabah, Lagud Sebrang, di sini pada Ahad.

Raime yang juga pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Negeri Sabah berkata, program sedemikian merupakan sumbangan besar sesebuah universiti khususnya UMS dalam membangunk­an kualiti modal insan yang cemerlang di masa hadapan.

“Inilah hasrat kerajaan hari ini yang ingin melahirkan lebih ramai modal insan dengan melaksanak­an program-program yang dapat memberikan impak kepada masyarakat terutamany­a dalam bidang pendidikan.

“Pihak kerajaan amat mengalu-alukan usaha dan program seperti ini diperbanya­kkan. Demi anak bangsa Sabah, kerajaan sentiasa akan memberikan sokongan bagi memastikan Negeri Sabah maju dan gemilang hasil usaha anak watannya sendiri.

“Tahniah dan syabas kepada UMS serta rakan kerjasama strategikn­ya atas usaha mereka yang berterusan dan tidak mengenal erti jemu dalam mendidik para generasi harapan Sabah, agar sentiasa melestarik­an pembudayaa­n ilmu dengan bersungguh­sungguh bagi memastikan negeri ini sentiasa dalam arah menuju kecemerlan­gan,” katanya.

Seramai 165 pelajar dari enam sekolah menengah di daerah ini menyertai program itu selama tiga hari.

Hadir sama, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabang­sa UMS Prof Madya Dr Abdullah Bade, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Dr Jahimin Asik, Pegawai Pendidikan Daerah Mohd Ridhuan Yusof serta para pengetua dan guru.

 ??  ?? RAIME (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar.
RAIME (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar.
 ??  ?? RAIME, Abdullah Bade, Jahimin, Mohd Ridhuan dan para pelajar merakamkan kenangan selepas program itu.
RAIME, Abdullah Bade, Jahimin, Mohd Ridhuan dan para pelajar merakamkan kenangan selepas program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia