Utusan Borneo (Sabah)

Juragan didenda RM10,000

Seludup tong gas LPG bernilai RM5,330

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang juragan bot warga asing didenda RM10,000 atau sembilan bulan penjara kerana menyeludup keluar 50 unit tong gas petroleum cecair (LPG) ke Sg Nyamuk, Pulau Sebatik, Indonesia, bulan lepas.

Majistret Faisal Che Saad membuat keputusan itu terhadap Firdaus Amir, 20, di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di kawasan Sg Melayu, Sebatik, kira-kira jam 5.30 petang, pada 8 September.

Tertuduh yang ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) didakwa membawa 50 tong LPG berkapasit­i 14kg (setiap silinder) bernilai kira-kira RM5,330.

Hasil siasatan mendapati tiada kebenaran diberikan Kementeria­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) kepada tertuduh untuk membawa barangan kawalan itu.

Berikutan itu, tertuduh ditahan kerana melanggar Peraturan 3 (1) PeraturanP­eraturan Kawalan Bekalan 1974 dan didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pendakwaan kes berkenaan dikendalik­an oleh Lt. Maritim Mohd Aizuddin Mohamed Noordin.

Untuk rekod, pada 21 September, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan dan pada Isnin ditetapkan untuk sebutan semula kesnya.

“Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di kawasan Sg Melayu, Sebatik, kira-kira jam 5.30 petang, pada 8 September.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia