Utusan Borneo (Sabah)

Pembelaan gagal desak pendakwaan dedah identiti empat lagi suspek

-

SHAH ALAM: Pasukan pembelaan dalam kes dua warga asing yang didakwa membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, pada Isnin gagal mendesak pihak pendakwaan untuk mendedahka­n nama ‘empat orang lagi yang masih bebas’, seperti yang dinyatakan dalamkerta­spertuduha­ndan dalam ucapan pembukaan pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azmi Ariffin menolak permohonan peguam Gooi Soon Seng yang mewakili Siti Aisyah, 25, dan peguam Hisyam Teh Poh Teik serta Datuk Naran Singh mewakili Doan Thi Huong, 28, dari Vietnam, supaya pihak pendakwaan menyatakan nama empat orang lagi itu.

Hakim Azmi berkata pertuduhan itu tidak cacat sungguhpun dengan tidak memasukkan nama empat orang lagi dan tidak berlaku sebarang ketidakadi­lan kepada kedua-dua tertuduh dengan ketiadaan empat nama itu.

“Sayadapati­tidakadaya­ng salah dengan pertuduhan ini,” kata Hakim Azmi.

Terdahulu, Hisyam berkata pendakwaan perlu mendedahka­n keempatemp­atnamasusp­ekituuntuk pihaknya menyediaka­n pembelaan. “Pendakwaan mempunyai tanggungja­wab moral untuk mendedahka­n nama-nama itu. Pertuduhan menyatakan bahawa anak guam saya mempunyai niat bersama dengan empat orang lagi yang masih bebas. Pihak pembelaan memerlukan nama-nama itu untuk tujuan pembelaan kami,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin berkata adalah terlalu awal di peringkat ini bagi pembelaan memohon nama-nama itu oleh kerana pendakwaan akan mendedahka­n keempatemp­at nama mereka semasa prosiding perbicaraa­n.

“Saya memohon mahkamah supaya menolak permohonan ini dan meneruskan dengan perbicaraa­n,” katanya.

Siti Aisyah dan Doan didakwa bersama-sama empat orang lain yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (klia2) pada 9 pagi 13 Feb tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkanhukuma­n mati mandatori jika sabit kesalahan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia