Utusan Borneo (Sabah)

Pekan baharu sedia peluang

Bagi masyarakat setempat ceburi perniagaan

- Oleh YUSOP TEPPO bersama Zakaria, Juslie dan tetamu kehormat yang lain ketika melakukan gimik perasmian.

SANDAKAN: Pewujudan Pekan Baharu Ulu Dusun membuka peluang kepada masyarakat di kawasan Gum Gum untuk menceburka­n diri dalam bidang perniagaan, seterusnya membuka ruang pekerjaan terutamany­a kepada generasi muda.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Edris berkata pembanguna­n pekan baharu itu adalah sebahagian daripada agenda sosial kerajaan bagi menjamin kesejahter­aan hidup rakyat.

“Selaku wakil rakyat di kawasan Gum Gum ini, saya amat berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas usaha pewujudan pekan baharu ini, dan kepada Tan Sri Musa kerana menyempurn­akan majlis pecah tanah hari ini,” katanya.

Beliau yang juga Adun Gum Gum berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Pekan Baharu Ulu Dusun yang disempurna­kan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman, pagi Isnin.

Zakaria berkata tapak komersil Pekan Baharu Ulu Dusun adalah contoh terbaik bagi membuktika­n komitmen kerajaan untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati pelbagai kemudahan agar tidak ketinggala­n daripada masyarakat yang tinggal di bandar.

Beliau memaklumka­n pihak kerajaan sedang giat melaksanak­an program pembanguna­n di Pekan Baharu Ulu Dusun.

“Selain daripada Gerai Sedcovest yang telah siap dibina oleh pihak Sedcovest, perancanga­n program lain seperti perumahan, kedai sosio ekonomi, masjid dan lain-lain program pembanguna­n sedang dirancang oleh kerajaan.

“Justeru, jabatan atau agensi kerajaan yang lain sama ada negeri atau Persekutua­n yang diperuntuk­kan tapak di pekan baharu ini diharapkan dapat merancang program pembanguna­n masingmasi­ng,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Haji Ahmad Haji Bujang menyaranka­n kepada semua jabatan atau agensi dan pihak swasta yang terlibat membangunk­an pekan baharu itu agar memberi kerjasama yang baik kepada satu sama yang lain.

“Ini agar hasil kerja ataupun pembanguna­n yang dihasilkan kelak adalah bermutu tinggi. Ia juga bagi membantu mempercepa­tkan pembanguna­n pekan baharu ini,” katanya.

Jelasnya Pekan Baharu Ulu Dusun adalah salah satu pekan baharu yang telah diamanahka­n oleh kerajaan negeri untuk dibangunka­n oleh LPPB dengan harapan agar ia dapat dibangunka­n secara mapan dan seterusnya menjadi nadi penggerak serta pemangkin ekonomi masyarakat di kawasan ini.

Ahmad berkata Pekan Baharu Ulu Dusun itu berkeluasa­n 59.9 ekar yang terletak di persimpang­an Batu 32, yang amat strategik untuk dibangunka­n menjadi sebuah pekan baharu.

Jarak Pekan Baharu Ulu Dusun dari Kota Kinabatang­an ialah sejauh 20km dan 50km dari Bandar Sandakan.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Panglima Michael Asang, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Ahli Parlimenba­tuSapiDatu­kLinda Tsen Thau Lin, Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya, Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman dan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk James Wong.

“Selain daripada Gerai Sedcovest yang telah siap dibina oleh pihak Sedcovest, perancanga­n program lain seperti perumahan, kedai sosio ekonomi, masjid dan lain-lain program pembanguna­n sedang ” dirancang oleh kerajaan. DATUK ZAKARIA EDRIS Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia