Utusan Borneo (Sabah)

Tolak gejala ekstremis secara total

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Gejala ekstremis perlu ditolak secara total oleh rakyat berbilang kaum dan agama demi melindungi keamanan hasil perpaduan yang wujud di negara ini.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming berkata rakyat perlu bersyukur kerana dilahirkan di dalam negara yang aman damai.

“Misalnya, acara berdoa melibatkan dua agama dalam satu majlis yang diamalkan di negara ini menunjukka­n kita semua cintakan keamanan.

“Keterbukaa­n rakyat Malaysia beragama Islam dan Kristian berdoa bersamasam­a dalam satu majlis yang sama menjadi contoh terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penutupan Hari Terbuka SK Holy Trinity di sini pada Sabtu, yang turut dihadiri Guru Besar Jhonny Gumbilit.

“SK Holy Trinity misalnya, walaupun sebuah sekolah mubaligh tetapi majoriti pelajarnya beragama Islam sekaligus menjadi satu contoh nikmat perpaduan rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, semua pihak digesa berwaspada dan memastikan tidak ada sebarang bentuk pergerakan pro ekstremism­e yang menyerap masuk ke dalam minda rakyat Malaysia.

Pang yang juga Adun Merotai berkata huru-hara yang berlaku di negaranega­ra bergolak perlu dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berjanji akan membantu SK Holy Trinity mendapatka­n tambahan dua set komputer, kerusi dan meja untuk kegunaan warga sekolah itu.

 ??  ?? PANG merakamkan kenangan bersama warga pendidik SK Holy Trinity sempena hari terbuka sekolah itu.
PANG merakamkan kenangan bersama warga pendidik SK Holy Trinity sempena hari terbuka sekolah itu.
 ??  ?? PANG mengadakan lawatan ke ruangan pameran yang dibuka sempena Hari Terbuka SK Holy Trinity.
PANG mengadakan lawatan ke ruangan pameran yang dibuka sempena Hari Terbuka SK Holy Trinity.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia