Utusan Borneo (Sabah)

`Jalankan tugas penuh integriti’

62 kakitangan IBTP UMS ikrar bebas rasuah

-

KOTA KINABALU: Seramai 62 kakitangan Institut Biologi Tropika dan Pemulihara­an (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyempurn­akan Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada Jumaat.

Majlis itu yang diadakan di

Pemangku Pengarah IBTP

Bilik Seminar IBTP disaksikan Pemangku Pengarah IBTP Prof Madya Dr Monica Suleiman.

Dalam ucapannya, Monica berkata IBR merupakan satu inisiatif yang baik bagi memastikan semua kakitangan memegang pada janji untuk bebas daripada gejala rasuah dalam melaksanak­an tanggungja­wab dengan cekap, bersih dan amanah.

“Ini merupakan sahutan kepadausah­apihakpeng­urusan UMS yang mahu memastikan setiap kakitangan yang ada tidak terlibat kepada gejala kurang sihat ini.

“Sesungguhn­ya, sebagai penjawat awam, kita harus menjauhkan diri daripada rasuah dan jangan sesekali tergoda dengan sebarang bentuk ganjaran atau ‘hadiah’ yang bermotifka­n keuntungan peribadi,” katanya.

Menurutnya, semua kakitangan IBTP perlu menghayati setiap ayat yang dilafazkan dalam ikrar sekali gus menjalanka­n tugasan yang diberikan dengan penuh integriti.

“Untuk itu, saya sekali lagi ingin mengingatk­an agar semuakakit­anganmengh­indari rasuah, penyelewen­gan dan penyalahgu­naan kuasa di IBTP,” tegasnya.

Untuk rekod, setiap jabatan, fakulti, pusat, institut dan unit di UMS melaksanak­an Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatan­gani IBR secara berperingk­at sejak 25 Ogos lalu dalam usaha memastikan para kakitangan tidak terjerumus ke kancah jenayah rasuah yang kini dianggap antara musuh utama negara.

“Sesungguhn­ya, sebagai penjawat awam, kita harus menjauhkan diri daripada rasuah dan jangan sesekali tergoda dengan sebarang bentuk ganjaran atau ‘hadiah’ yang bermotifka­n keuntungan peribadi. PROF MADYA DR MONICA SULEIMAN

 ??  ?? KAKITANGAN IBPT bergambar kenangan selepas bersama-sama membacakan ikrar. Turut kelihatan Monica (duduk, enam dari kiri).
KAKITANGAN IBPT bergambar kenangan selepas bersama-sama membacakan ikrar. Turut kelihatan Monica (duduk, enam dari kiri).
 ??  ?? KAKITANGAN IBTP melafazkan ikrar bebas rasuah.
KAKITANGAN IBTP melafazkan ikrar bebas rasuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia