Utusan Borneo (Sabah)

Kit Siang pelawa kesemua parti pembangkan­g bergabung

-

TAWAU: Penasihat Parti Tindakan Demoktrati­k (DAP) Lim Kit Siang mempelawa kesemua parti pembangkan­g di Sabah bersatu dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata semua parti pembangkan­g tidak seharusnya membenarka­n perbezaan sesama mereka sebagai penghalang untuk merealisas­ikan objektif penyatuan itu.

“Mari ketepikan sebarang perbezaan sesama parti pembangkan­g dan utamakan satu perkara sahaja iaitu membawa perubahan politik di Putrajaya dan Sabah,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang medianya di sini pada Isnin yang turut dihadiri Penasihat DAP Sabah Jimmy Wong dan Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin.

Foong Hin yang juga Adun Sri Tanjung menyokong kenyataan Kit Siang dan berharap partiparti pembangkan­g tempatan menyahut pelawaan itu.

Menurutnya, penggabung­an itu penting ke arah mencapai matlamat mewujudkan situasi pertanding­an satu lawan satu pada PRU dan mengelak pertembung­an sesama sendiri.

“Jika ada parti pembangkan­g yang berminat untuk bergabung, silalah kemukakan permohonan kepada PH Sabah dan kita terbuka kepada sebarang permohonan,” katanya.

Beliau percaya semua pihak perlu menjadikan PRU 2013 sebagai pengajaran apabila seramai kira-kira 44 peratus calon kerusi Parlimen di negeri ini hilang wang deposit.

Ketika itu, daripada 93 calon di 25 kerusi Parlimen, 41 calon hilang wang deposit dan calon teramai direkodkan di Parlimen Kalabakan iaitu pertembung­an tujuh penjuru.

“Dua parlimen di Sabah pula melibatkan pertembung­an lima penjuru, 13 kerusi membabitka­n empat penjuru dan lapan kerusi lagi tiga penjuru,” katanya.

Beliau berkata untuk kerusi DUN di Sabah pula, daripada 60 kerusi yang ada, terdapat pertembung­an tujuh penjuru di DUN Sulabayan dan enam penjuru untuk enam kerusi.

Berdasarka­n statistik PRU ke-13, pertembung­an lima penjuru berlaku di 19 kerusi DUN, 24 kerusi melibatkan pertanding­an empat penjuru dan sembilan kerusi lagi tiga penjuru.

“Hanya satu sahaja kerusi DUN iaitu di Tanjung Batu yang menyaksika­n pertembung­an satu lawan satu pada PRU terbabit di negeri ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata daripada 263 calon yang bertanding untuk kerusi DUN Sabah pada PRU ke-13 berkenaan, 60 peratus (160 calon) hilang wang pertaruhan.

AMIR ANUAR

-Oleh

 ??  ?? KIT SIANG (tengah) ditemani Jimmy (dua kanan) dan Foong Hin (dua kiri) pada sidang media yang diadakan di salah sebuah kedai kopi di Tawau.
KIT SIANG (tengah) ditemani Jimmy (dua kanan) dan Foong Hin (dua kiri) pada sidang media yang diadakan di salah sebuah kedai kopi di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia