Utusan Borneo (Sabah)

ATM, PDRM aset penting negara

Perlu dikenang, dirai dan diiktiraf

-

PUTRAJAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah aset penting keamanan negara yang perlu dikenang, dirai dan diiktiraf, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa keamanan hasil perjuangan pasukan keselamata­n itu, negara serta rakyat tidak akan berada di tahap sepertiman­a yang dikecapi ketika ini, katanya.

Beliau berkata keamanan yang dikecapi menyaksika­n Malaysia mencatat pertumbuha­n 5.8 peratus dalam Keluaran Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua tahun ini, iaitu antara pertumbuha­n yang tertinggi di dunia.

“Kita juga berada di tangga ke-29 daripada 193 negara paling aman di dunia dalam Indeks Keselamata­n Global, malah Malaysia juga berada di kedudukan ke-23 negara yang mempunyai ekonomi paling berdaya saing.

“Ini semua tidak mungkin terjadi tanpa keamanan dan keselamata­n dan atas sebab itulah pada saya, wajib bagi kita untuk sentiasa mengiktira­f, mengenang jasa serta pengorbana­n para pahlawan negara,” katanya ketika berucap pada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2017 di Dataran Pahlawan Negara di sini, pada Isnin.

Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Majlis penuh istiadat itu dijayakan oleh seramai 606 anggota PDRM dan ATM.

Perdana Menteri menarik perhatian bahawa perjuangan dan pengorbana­n pasukan keselamata­n perlu dihargai setiap hari dan bukan hanya pada sambutan tertentu sahaja.

Menurutnya, perjuangan menentang komunis, ber-

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

depan tragedi berdarah 13 Mei 1969, mematah serangan kumpulan militan Al-Maunah, menangani kegiatan Daesh, IS dan Al-Qaeda sehingga kepada peristiwa hitam penceroboh­an musuh di Lahad Datu Sabah pada 2013 merupakan antara pengorbana­n terbesar pasukan keselamata­n yang tidak ternilai untuk diraikan setahun sekali.

“Sumbangan dan pengorbana­n ini perlu disemat dalam ingatan setiap rakyat dan sebagai kerajaan, kita akan melakukan yang terbaik termasuk mengkaji segala kemudahan yang dapat diberikan dalam menjaga kebajikan dan kesejahter­aan anggota keselamata­n termasuk mereka yang telah bersara,” katanya.

Perdana Menteri turut mengajak anggota dan bekas anggota keselamata­n untuk terus mempamerka­n semangat perjuangan yang tinggi agar semangat yang ditunjukka­n dapat menjadi cerminan dan ikutan kepada generasi muda, khususnya generasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Dengan cara itu, katanya, generasi TN50 dapat menjiwai semangat dan roh kepahlawan­an generasi terdahulu sekaligus dijadikan pedoman dalam meneruskan perjuangan meletakkan Malaysia sebagai 20 negara termaju di dunia di masa hadapan.

“Perkara pertama yang perlu diingati ialah pertahanka­n keselamata­n dan keamanan sedia ada kerana itu asas utama kepada kejayaan setiap cita-cita dan perancanga­n yang dibuat,” katanya.

Perdana Menteri kemudianny­a mengakhiri ucapan dengan menitipkan nukilan semangat dan penghargaa­n kepada pasukan keselamata­n;

Duhai pahlawanku sekelian Jasamu dikenang, khidmatmu kerajaan hargai

Dengan hati yang ikhlas lagi suci Pergilah berjuang dengan gagah berani

Membela agama, bangsa dan pertiwi

Biar ditawan, ribuan mati Namun menyerah tidak sesekali Demikianla­h sifat mulia pahlawan sejati. -Bernama

“Kita juga berada di tangga ke-29 daripada 193 negara paling aman di dunia dalam Indeks Keselamata­n Global, malah Malaysia juga berada di kedudukan ke-23 negara yang mempunyai ekonomi paling berdaya saing. Ini semua tidak mungkin terjadi tanpa keamanan dan keselamata­n dan atas sebab itulah pada saya, wajib bagi kita untuk sentiasa mengiktira­f, mengenang jasa serta pengorbana­n para pahlawan

negara.

 ??  ?? NAJIB memberi tabik hormat pada sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan pada Isnin. -Gambar Bernama
NAJIB memberi tabik hormat pada sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan pada Isnin. -Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia