Utusan Borneo (Sabah)

Hanya sembilan maahad tahfiz di Perlis beroperasi secara sah

-

ARAU: Hanya sembilan daripada 14 maahad tahfiz persendiri­an di Perlis memenuhikr­iteriakese­lamatan Jabatan Perkhidmat­an Bomba danPenyela­matdandibe­narkan beroperasi secara sah.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama Islam dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Khairi Hassan berkata lima lagi maahad bagaimanap­un diberi kebenaran untuk beroperasi sementara bagi memberi peluang kepada mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Hanya Maahad yang beroperasi secara sah boleh didaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPNPs) untuk layak mendapat bantuan tahunan,” katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Menurut Khairi, sembilan maahad tersebut ialah Tahfiz Al-Hikmah, Padang Siding; Madrasah Miftahul Hidayah, Jalan Kaki Bukit; Dar alQuran Wal Hadeeth, Bukit Jernih, Chuping.

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Barakah, Santan; Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah, Mengkuang Layar; Tahfiz Darus Sunnah, Padang Melangit; Tahfiz Al-Quran Al-Raudah, Mengkuang Layar; Tahfiz Al-Bagan, Ulu Pauh; dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Guar Jentik.

Khairi berkata permohonan Maahad Tahfiz Al-Barqiy, Kangar yang telah lulus pemeriksaa­n bomba barubaru ini untuk didaftarka­n dengan JAINPs akan dibuat dalam masa terdekat.

Maahad Tahfiz Baitulrahi­m, Kangar dan Maahad Tahfiz Al-Sofi, Kampung Baru, Jalan Padang Besar yang diperiksa oleh bomba baru-baru ini di dapati tidak memenuhi syarat ditetapkan, kata beliau.

Menurutnya Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An Nawawi di Abi dekat sini lulus pemeriksaa­n bomba tetapi tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandara­n Kangar (MPK) kerana masalah teknikal manakala Madrasah Tahfiz Al-Othmani, Tanjong Gorah di Repoh, Kangar dalam proses membuat permohonan untuk diperiksa oleh bomba dan JAINPs.

“JAINPs akan meminta kerjasama Jabatan Bomba untuk membuat pemeriksaa­n berkala ke atas premis-premis maahad yang beroperasi bagi memastikan keselamata­n pelajarmer­ekaagarmal­apetaka seperti kebakaran dapat dielakkan,” tambahnya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia