Utusan Borneo (Sabah)

Mas Ermieyati harap wakil Puteri dikekalkan dalam PRU-14

-

KUALA LUMPUR: Puteri Umno berharap semua wakil rakyatnya yang sedia ada akan dikekalkan oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ini kerana kesemua mereka telah memberi khidmat dan komitmen terbaik.

“Kita juga ada senarai calon… ada muka baharu dan muka lama. Saya akan kemukakan kepada Presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) apabila tiba masanya,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Urutan Malaysia, di sini pada Isnin.

Katanya sayap itu berharap Umno akan meletakkan lebih ramai calon wanita pada pilihan raya umum akan datang.

“Bila saya bincang dengan Perdana Menteri (Najib) … beliau pun cakap akan beri peluang lebih banyak kepada calon wanita dan orang muda,” katanya.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata bermula minggu depan beliauakan­kesetiapne­geriuntuk berjumpa dengan kepimpinan Puteri serta pengerusi badan perhubunga­n Umno negeri.

“Kita juga akan menggemble­ng tenaga setiap (parti) komponen (Barisan Nasional) dan sayap Umno bagi menguatkan lagi parti dan mendekati pengundi,” katanya.

Mengulas perkembang­an lain, beliau berkata Puteri Umno telah mengadakan bengkel prabajet bagi mendapatka­n maklum balas akan keperluan wanita muda dan hasilnya telah disampaika­n kepada perdana menteri. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia