Utusan Borneo (Sabah)

Bernama salur sumbangan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada Isnin menyampaik­an sumbangan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbakar pada 14 Sept lepas.

Sumbangan disampaika­n Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab kepada Ustaz Mohd Abdul Salam Abdul Ghani yang mewakili pusat tahfiz itu.

Zakaria berkata sumbangan adalah ihsan kakitangan Bernamayan­gturutbers­impati dengan tragedi menyayat hati yang telah mengorbank­an nyawa 23 warga pusat tahfiz itu.

“Saya sendiri sedih dengan kejadian ini sebab saya pun selalu solat Jumaat di kawasan berhampira­n dan sering kali melihat anak-anak tahfiz ini dan tidak menyangka insiden berlaku kepada kanak-kanak yang menuntut di tahfiz ini,” katanya ketika ditemui kemudianny­a.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmat­an Berita Dalam Negeri Bernama, Datuk Mokhtar Hussain.

Kebakaran di awal pagi pusat tahfiz tersebut mengorbank­an 21 pelajar dan dua guru yang juga warden asrama akibat terperangk­ap di dalam asrama yang terletak di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.

Ditanya mengenai peranan Bernama dalam membuat liputan sepanjang tragedi berkenaan, Zakaria berkata wartawan Bernama memainkan peranan cukup baik dalam menyampaik­an maklumat yang tepat kepada masyarakat.

Beliau berkata laporan Bernama sekali gus dapat menangkis berita palsu atau maklumat tidak tepat berkaitan tragedi itu yang tular di media sosial.

Katanya setiap maklumat yang disalurkan Bernama mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kekeliruan berbanding pihak tertentu yang menyebarka­n maklumat tidak tepat secara melulu dan tidak mengikut etika kewartawan­an.

Sementara itu Mohd Abdul Salam berkata setiap sumbangan yang disalurkan akan diaudit bagi membolehka­n pihaknya mengagihka­n sumbangan kepada waris pelajar terlibat selain untuk kegunaan pusat tahfiz sendiri.

“Kami turut akan menjemput media untuk memaklumka­n sumbangan yang diperolehi dan agihannya supaya masyarakat tahu ke mana ia disalurkan,” katanya. - Bernama

 ??  ?? KETUA Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zakaria Abdul Wahab (dua, kiri) mendengar penjelasan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Ustaz Mohd Zahid Mahmod ketika lawatan warga Bernama ke bangunan baharu pusat...
KETUA Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zakaria Abdul Wahab (dua, kiri) mendengar penjelasan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Ustaz Mohd Zahid Mahmod ketika lawatan warga Bernama ke bangunan baharu pusat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia