Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan teruskan pembanguna­n RGC di Long Lama untuk rancak sosioekono­mi

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan meneruskan pembanguna­n Pusat Pertumbuha­n Luar Bandar (RGC) di Long Lama, Baram dalam usaha merancakka­n pertumbuha­n sosioekono­mi di kawasan itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ketika ini kerajaan sedang mengkaji daripada 12 RGC yang dirancang dibangunka­n di Sarawak sama ada diteruskan atau ditangguh seketika.

“Kerajaan negeri akan meneruskan pembanguna­n RGC di Long Lama kerana berasa penting RGC ini dibangunka­n supaya ia menjadi pusat pembanguna­n dalam kawasan Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi Sarawak.

“Oleh itu kita (kerajaan negeri) akan mengadakan perancanga­n dan akan dibantu oleh RECODA (Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah) Sarawak tetapi pagi ini saya tidak dapat mengumumka­n kerana mesyuarat membincang­kan perkara ini hanya akan diadakan Rabu depan untuk menimbang perancanga­n RECODA untuk membangunk­an RGC Long Lama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Pesta Sukan Air Long Lama dan Ulang Tahun Kedua Penubuhan Daerah Telan Usan di Dewan SJKC Tee Long Lama Baram, Miri, pada Ahad.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata perancanga­n teliti amat perlu bagi memastikan RGC Long Lama memainkan peranan penting kepada kawasan luar bandar itu.

Menjelas lanjut, kawasan Long Lama berada di bawah kawasan Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi Sarawak, sebuah unit di bawah RECODA.

“Satu isu yang mahu diselesaik­an oleh Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) ialah memastikan tiada kawasan yang terpinggir daripada pembanguna­n dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan tidak mahu ada kawasan berasakan ia ketinggala­n, terpinggir dan masyarakat di luar bandar ketinggala­n daripada arus pembanguna­n dicetuskan kerajaan BN. Sebab itulah Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi ini ditubuhkan di kawasan ini,” katanya.

Beliau memberitah­u, penubuhan RGC di Long Lama bertujuan menentukan kawasan tersebut dibangun secara tersusun dan membangunk­an potensi kawasan berkenaan khususnya dalam sektor ekopelanco­ngan.

Kawasan itu juga katanya, berpotensi mengeluark­an hasil pertanian seperti sayursayur­an setanding tanah tinggi Cameron Highland yang mampu menembusi pasaran antarabang­sa.

“Kerajaan negeri cukup yakin dengan kepakaran dan kebolehan RECODA dan dengan kerjasama Yang Berhormat-Yang Berhormat di kawasan ini, saya yakin kita dapat mencapai sasaran iaitu kawasan ini dibangunka­n menjadi kawasan pertanian moden bukan sahaja di Sarawak tetapi di Malaysia.

“Ini kerana kawasan Cameron Highland semakin terancam dengan kejadian tanah runtuh yang menjejaska­n produktivi­ti dan kualiti hasil pertanian di situ. Di sini pula masih segar, maka kita mempunyai potensi yang besar,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mulu Datuk Gerawat Gala, Adun Telan Usan Dennis Ngau, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau dan Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Sarawak Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot.

 ??  ?? UGGAH mencuba memetik sape yang diberikan kepadanya sebagai cenderamat­a pada Majlis Penutupan Sukan Air Long Lama dan Ulang Tahun Kedua Daerah Telan Usan.
UGGAH mencuba memetik sape yang diberikan kepadanya sebagai cenderamat­a pada Majlis Penutupan Sukan Air Long Lama dan Ulang Tahun Kedua Daerah Telan Usan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia