Utusan Borneo (Sabah)

Tubuh yayasan untuk pendidikan awal

Untuk urus program pembanguna­n pendidikan awal dengan lebih sistematik

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mencadangk­an supaya ditubuhkan sebuah yayasan khusus untuk bidang pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

Menurut Tun Taib, yayasan tersebut amat diperlukan untuk menguruska­n program pembanguna­n pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini dengan lebih sistematik.

“Pada pemerhatia­n saya, bidang pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini telah mencapai kemajuan yang begitu baik pada hari ini.

“Tetapi kemajuan yang kita kecapi pada hari masih belum mencukupi dan kita perlu memikirkan cara terbaik untuk membangunk­an lagi bidang pendidikan awal kanak-kanak.

“Sebab itu, saya berpandang­an bahawa perlu untuk kita tubuhkan sebuah yayasan yang khusus untuk mengalakka­n lagi pembanguna­n pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Konvensyen Randau Pengasuhan Taska Siri Ke-3 Tahun 2017 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, pada Ahad.

Pada majlis itu, Tun Taib turut memperuntu­kkan sejumlah RM1 juta untuk pembanguna­n bidang pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

Beliau turut menggesa penglibata­n aktif kaum wanita terutama pergerakan wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam membangunk­an bidang pendidikan awal kanak-kanak.

“Saya telah bercakap dengan beberapa pemimpin PBB supaya menggunaka­n tenaga wanita mereka untuk terlibat dalam pembanguna­n bidang pendidikan di negeri ini.

“Wanita PBB telah banyak menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi dan sosial serta bidang-bidang lain di negeri dan sudah tiba masanya untuk mereka fokus kepada pembanguna­n pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Jelas Tun Taib lagi, bidang pendidikan awal kanak-kanak kini semakin diterima baik oleh masyarakat termasuk dari kalangan mereka yang bukan profesiona­l.

Justeru katanya, usaha memperleng­kapkan anak-anak ini sebelum mendapat pendidikan formal harus diteruskan agar terus mendapat sokongan daripada masyarakat.

Untuk mendapat sokongan ini katanya, pendidikan awal kanak-kanak haruslah menyeronok­kan serta diurus dengan sistematik.

Pada majlis itu, Tun Taib turut menyampaik­an Anugerah Taska Penanda Aras Berkualiti Tahun 2017 Kerajaan kepada Taska Permata Kemas Kampung Sri Tajo dan Anugerah Taska Penanda Aras Berkualiti Tahun 2017 Swasta kepada Taska Pondok Ilmu.

Manakala Anugerah Khas Menteri Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-akanak (KWKPK) Penanda Aras Berkualiti Tahun 2017 diberikan kepada Taska Cahaya Horizon.

Turut hadir, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak­DatoSriFat­imahAbdull­ah,Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis serta yang lain.

TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD Yang di-Pertua Negeri

“Pada pemerhatia­n saya, bidang pendidikan awal kanakkanak di negeri ini telah mencapai kemajuan yang begitu baik pada hari ini. ”

 ??  ?? TUN TAIB (tiga kanan) menyampaik­an anugerah khas kepada wakil Taska Cahaya Horizon. Turut kelihatan Fatimah (empat kanan) dan Harden (kanan).
TUN TAIB (tiga kanan) menyampaik­an anugerah khas kepada wakil Taska Cahaya Horizon. Turut kelihatan Fatimah (empat kanan) dan Harden (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia