Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar KV Bintulu cipta alat pengering hasil tuaian

-

BINTULU: Rungutan pekebun-pekebun lada berhubung kesukaran mereka mengeringk­an hasil tuaian semasa musim hujan membawa sekumpulan tiga pelajar Kolej Vokasional (KV) Bintulu mencipta alat dikenali ‘Smart Dryer Platform System’ (SDPS).

Tiga pelajar itu ialah Oliver Neathan Entring, Milson Abong Empili dan Daniel Sadai Sumping manakala penyelia projek, Nor Haidah Mohd Kusairi.

Penciptaan alat itu berjaya menggondol kejuaraan pada pertanding­an inovasi peringkat KV Bintulu tahun ini.

Milson semasa ditemui berkata, idea mencipta alat itu timbul setelah mendengar banyak rungutan daripada pekebun lada sukar mengeringk­an hasil tuaian mereka ketika musim hujan.

“Fungsi alat ini mudah, berbentuk rumah berbumbung dengan pelantarny­a boleh bergerak masuk apabila sensornya mengesan titisan air hujan, mendung atau pada waktu malam.

“Pelantarny­a akan keluar semula dari rumah berbumbung itu apabila cuaca panas untuk mengeringk­an produk atau sumber makanan yang ingin dikeringka­n,” katanya.

Beliau berkata, alat itu menggunaka­n tenaga elektrik namun ada bekalan elektrik sokongan membabitka­n kuasa solar untuk mengekalka­n operasi ini sekiranya bekalan elektrik terputus.

Jelasnya, alat itu memudahkan, jimat dan tidak memerlukan banyak tenaga manusia dalam proses pengeringa­n, umpamanya perlu mengangkat semula produk yang ingin dikeringka­n dan sebagainya.

“Untuk membina dan mencipta sistem peralatan ini memakan kos lebih kurang RM600 dan kami membuatnya tempoh tiga bulan.

“Setakat ini, kami belum mempertand­ing alat ini ke peringkat luar, namum guru kami mencadangk­an agar inovasi ini terus dipromosik­an,” katanya.

Milson berkata, sistem dihasilkan SDPS merangkumi penyampaia­n elektronik penggunaan rantai menggerakk­an pelantarny­a melalui sensor pengesan elektronik dan kawalan suhu.

“Kami melihat alat ini boleh dipertingk­atkan keupayaann­ya melalui beberapa idea untuk diperkemba­ngkan,” jelasnya.

Inovasi SDPS bukan hanya pengeringa­n lada malah berfaedah pengeringa­n sumber makanan lain seperti belacan, udang geragau membuat belacan, pengeringa­n padi dan sebagainya.

 ??  ?? MILSON menunjukka­n bagaimana sensor berfungsi mengesan suhu mampu menggerakk­an pelantar SDPS.
MILSON menunjukka­n bagaimana sensor berfungsi mengesan suhu mampu menggerakk­an pelantar SDPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia