Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai keperluan disediakan bantu generasi muda jadi individu berjaya

-

SADONG JAYA: Kerajaan menyediaka­n pelbagai keperluan untuk generasi muda bagi meningkatk­an keupayaan golongan itu agar mampu menjadi individu yang berjaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, untuk itu generasi muda terutama anak-anak kampung tidak perlu memandang rendah terhadap keupayaan diri sendiri.

Tambahnya, beliau juga sebelum ini datang daripada keluarga yang susah dan tinggal di kampung, yang melakukan pelbagai usaha untuk memajukan diri dan keluargany­a.

“Saya juga berasal dari kampung, jangan kamu fikir kita orang kampung yang tinggal jauh dari bandar, kita tidak dapat pergi lebih jauh (majukan diri).

“Tidak seperti yang kita fikirkan, asalkan kita mempunyai ilmu, kemahiran dan keyakinan tinggi untuk berjaya, kita mampu berjaya seperti orang yang telah berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Program Transforma­si Belia Kawan Ku Sayang, Keluarga Ku Kenang (KKSKKK) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sadong Jaya di sini, pada Ahad.

“Sebab itulah kita di pihak kerajaan sentiasa memikirkan cara dan menyediaka­n peruntukan untuk membangun dan memajukan anakanak belia kita ini,” tegas Nancy lagi.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu memberitah­u, sudah menjadi impian kerajaan terutama ibu bapa untuk melihat anak-anak muda menjadi insan yang cemerlang dan berkualiti.

“Sebab itulah saya dan Yang Berhormat (Ahli Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya) Aidel Lariwoo mengadakan pelbagai program untuk memperkasa dan membantu penduduk di kawasan ini termasuk anak-anak belia kita,” katanya.

Menurutny program KKSKKK itu dan dialog yang dianjurkan itu dapat menjadi platform untuk anak muda di kawasan tersebut menzahirka­n aspirasi kepada kerajaan.

Tambahnya, tanpa penglibata­n anak-anak muda, segala program yang dirancang kerajaan tidak akan mencapai matlamatny­a.

Terdahulu, Aidel dalam ucapannya berkata, antara usaha yang dilakukan kerajaan untuk meningkatk­an kualiti belia di kawasan itu adalah penyediaan pelbagai kemudahan.

“Antaranya juga Kompleks Sukan Komuniti yang mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM3 juta, bagaimanap­un kos setelah tender adalah RM2 juta.

“Oleh itu, baki RM1 juta kita gunakan untuk bina Gelanggang Sukan Sadong Ulu dan Dewan Semera Lot. Kita gunakan peruntukan sebaikbaik­nya demi memastikan penduduk di sini dapat menikmati kemudahan yang diperlukan,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia