Utusan Borneo (Sabah)

Tamatkan khidmat kontraktor gagal ikut standard

Kontraktor harus turun padang bagi memastikan kerja penyelengg­araan dilaksana dengan baik: Lee

-

MIRI: Kontraktor gagal melaksanak­an kerja penyelengg­araan mengikut standard ditetapkan perlu digantung lesen dan dihentikan perkhidmat­annya.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, beliau banyak menerima aduan orang ramai mengenai masalah pemotongan rumput, parit tersumbat dan pengutipan sampah khususnya di kawasan perumahan.

Katanya pihak kontraktor harus turun padang untuk memantau bagi memastikan kerja penyelengg­araan itu dilaksanak­an dengan baik.

“Saya cadangkan Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kontraktor bekerja sambil lewa termasuk memberi amaran dan menahan pembayaran sekiranya perkhidmat­an tidak memuaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan program berjalan bersama pasukan bergerak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin di Shun Heng Food Court di Senadin Uptown, pada Ahad.

Hadir sama Ketua Biro Aduan SUPP Senadin Eric Chin.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin menambah, antara kawasan yang paling banyak menerima aduan ialah

DATUK LEE KIM SHIN

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

“Saya cadangkan Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kontraktor bekerja sambil lewa termasuk memberi amaran dan menahan pembayaran sekiranya perkhidmat­an tidak memuaskan. ”

Tudan.

Mengenai pasukan bergerak SUPP Senadin, Lee berkata pasukan itu bertanggun­gjawab mendengar masalah rakyat di kawasan Senadin selain memantau masalah yang wujud.

“Mereka bergerak setiap minggu untuk mendapatka­n maklum balas daripada penduduk,” katanya.

Lee mengingatk­an kontraktor melakukan kerja penyelengg­araan agar merujuk dengan pihak SESCO, Telekom, Sarawak Gas dan LAKU bagi mengelakka­n masalah gangguan perkhidmat­an.

 ??  ?? LEE bertanya khabar kepada orang awam yang menikmati sarapan di Shun Heng Food Court di Senadin Uptown, pada Ahad, kelihatan sama Eric (dua kiri).
LEE bertanya khabar kepada orang awam yang menikmati sarapan di Shun Heng Food Court di Senadin Uptown, pada Ahad, kelihatan sama Eric (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia