Utusan Borneo (Sabah)

Pendidik perlu bantu pelajar kenal pasti bidang tawar peluang kerja

-

MIRI: Pendidik negeri ini perlu membantu dan memberi bimbingan kepada pelajar untuk mengenal pasti bidang yang menawarkan pasaran kerja tinggi atau mempunyai banyak peluang pekerjaan bagi memastikan mereka berada pada landasan tepat.

Usaha ini perlu dilakukan bagi memastikan pelajar tidak terjebak dalam penganggur­an selepas tamat belajar dan memperoleh­i pekerjaan khususnya dalam bidang teknikal dan kemahiran yang mempunyai pasaran pekerjaan yang banyak pada era ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Samalaju Majang Renggie mendedahka­n bahawa berdasarka­n pengalaman beliau sendiri yang menerima banyak aduan dan kunjungan daripada pelajar yang tercari-cari pekerjaan di kawasan Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE), namun kelayakan dimiliki tidak menepati keperluan pekerjaan yang ditawarkan.

“Sebaliknya mereka mempunyai kelulusan dalam bidang kemahiran dan teknikal tidak pernah mengunjung­i saya, kerana mereka tidak mempunyai masalah dalam mendapatka­n pekerjaan berbanding pelajar lulusan bidang kaunseling atau sains kognitif yang sukar memperoleh pekerjaan,” katanya.

Justeru jelas beliau, pertubuhan seperti Persatuan Pendidik Dayak Sarawak (SDEA) harus memainkan peranan iaitu memberi bimbingan ke arah bidang yang menjamin kerjaya untuk masa depan pelajar khasnya daripada kaum Dayak.

Beliau memberitah­u demikian semasa berucap Pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran SDEA Zon Miri di sebuah restoran terkemuka di sini baru-baru ini.

“Ini perlu dilakukan oleh persatuan seperti SDEA, memaklumka­n kepada pelajar kita khususnya yang bakal menduduki SPM dan STPM, mengenai jurusan yang mudah bagi mereka mendapatka­n pekerjaan serta universiti kerajaan boleh disertai, agar apabila tamat belajar kelak, mencari pekerjaan bukanlah masalah besar bagi mereka,” tambahnya.

Majang dalam ucapannya turut memuji usaha para pendidik Dayak di negeri ini dalam menubuhkan platform untuk mereka bersatu dan bergerak bagi membantu meningkatk­an taraf pendidikan masyarakat Dayak di negeri ini.

“Saya percaya ini disebabkan kerana anda berminat dengan tanggungja­wab sosial untuk mahu terlibat sama dalam menyumbang dan melaksanak­an kerja sukarela membantu pelajarpel­ajar kita, khususnya daripada kalangan kaum Dayak.

“Sesungguhn­ya kerajaan amat menghargai sumbangan SDEA, yang mana Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas sendiri bertindak selaku penaung persatuan ini,” katanya.

Jelasnya, ini menunjukka­n keyakinan semua pihak terhadap matlamat dan perjuangan meskipun menghadapi kesibukan tugas dan sebagainya tetapi terus memberi pandangan dan menyumbang minda dalam usaha menyempurn­akan lagi pembanguna­n pendidikan kaum Dayak.

Majang berkata kerajaan negeri mengalualu­kan badan korporat dan sektor swasta yang ingin membantu membangunk­an pendidikan di negeri khususnya sekolah-sekolah di luar bandar melalui tanggungja­wab sosial korporat (CSR), agar mereka dapat menyediaka­n kesinambun­gan kemudahan pendidikan seperti menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah angkat dan membantu menyediaka­n prasarana yang lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia