Utusan Borneo (Sabah)

Tiada agenda tersembuny­i ketuai 180 ketua masyarakat bertemu PM, kata Masing

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata tiada agenda tersembuny­i apabila beliau mengetuai sekumpulan 180 ketua masyarakat dari Kanowit, Song, Kapit dan Belaga bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya baru-baru ini.

Katanya, dakwaan dalam media sosial menyatakan wujud agendi tersembuny­i di sebalik tindakanny­a itu adalah perbuatan golongan yang tidak berterima kasih atas apa yang dilakukan oleh Najib kepada Sarawak.

“Agenda tersembuny­i? Saya ke sana membawa rakyat bertemu dengan Perdana Menteri, untuk mengatakan ‘terima kasih’, jadi mereka ini melakukann­ya bagi pihak kita, rakyat Sarawak.

“Agenda tersembuny­i ialah bagi mereka yang tidak pandai berterima kasih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Majlis Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Golf Terbuka Sarawak Amatuer Masters di Kelab Golf Sarawak (KGS) pada Ahad.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) juga menjelaska­n bahawa penggunaan pesawat tentera untuk membawa ketua masyarakat ke Putrajaya dengan mengatakan satu pertiga daripada mereka dari Kanowit, bekas pejuang negara ketika era komunis pada 1970-an.

Katanya ia merupakan satu penghargaa­n diberikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada mereka yang telah berjuang menentang komunis di Ngemah ketika era komunis dahulu.

“Mereka yang membuat kenyataan dalam media sosial, mereka tidak tahu kerana bukan dari kawasan itu (Kanowit). Mereka tidak tahu bagaimana rasanya hidup di bawah pemerintah­an komunis,” ujarnya.

Malah ujarnya, ketika bertemu dengan Najib ketua masyarakat yang hadir meminta agar Perdana Menteri membawa lebih banyak pembanguna­n di kawasan mereka khususnya membina banyak jalan di kawasan pedalaman.

Mengenai pembanguna­n jalan pedalaman dari Kanowit ke Nanga Ngungun, sejauh 30km, beliau berkata ia melibatkan kos sekitar RM500 juta.

Beliau berkata kerajaan pusat telah meluluskan RM50 juta untuk memulakan projek berkenaan secara berperingk­at.

“RM500 juta murah jika dibandingk­an dengan kemerdekaa­n yang kita kecapi hari ini... RM50 juta telah diberikan untuk memulakan projek ini secara berperingk­at,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia