Utusan Borneo (Sabah)

Internet tidak dipantau punca gejala sosial

-

SRI AMAN: Penggunaan Internet tidak dipantau punca gejala sosial semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim ( gambar) berkata penggunaan Internet tidak dipantau menyebabka­n mudah bagi mereka tidak bertanggun­gjawab mengakses laman sesawang tidak sepatutnya dilihat secara terbuka dan mengakibat­kan masalah sosial berlaku.

“Dalam hal ini, ibu bapa tidak harus membiarkan anak-anak mengakses Internet tanpa tujuan dan menyebabka­n mereka melawati laman sesawang tidak sepatutnya dilihat.

“Ibu bapa perlu melakukan pemantauan terhadap masalah ini dan jangan membiarkan mereka membuka Internet secara sesuka hati kerana apa yang dipaparkan di laman sesawang boleh merosakkan pemikiran anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Jelajah Program Pendidikan Keselamata­n Keluarga dan Anak (PEKA) di Masjid Al-Hanna, Lingga di sini pada Sabtu.

Program berkenaan adalah anjuran Kementeria­nPembangun­an Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sarawak.

Menurutnya, setiap perkara dipaparkan di laman sesawang mahupun Internet boleh mempengaru­hi pemikiran dgolongan muda dan mendorong mencuba sesuatu yang baharu.

“Ini sebenarnya kesan penggunaan Internet secara terbuka tanpa pengetahua­n mahupun pemantauan ibu bapa menyebabka­n anakanak mencuba dan boleh merosakkan mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia