Utusan Borneo (Sabah)

Burnley kejutkan Everton di Goodison Park

-

LIVERPOOL, England: Gol tunggal Jeff Hendrick menambah tekanan ke atas pengurus Everton, Ronald Koeman selepas Burnley mencipta kemenangan 1-0 di Goodison Park dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Kekalahan menyebabka­n Everton, yang berbelanja besar pada musim panas lalu, hanya menang dua kali daripada tujuh perlawanan liga setakat ini dan berada hanya dua mata di atas zon penyingkir­an.

Koeman memulakan perlawanan dengan kekecewaan seri 2-2 dengan kelab dari Cyprus, Apollon Limassol dalam Liga Europa Khamis lepas.

Keputusan itu menamatkan kebangkita­n minit Everton, yang memenangi dua perlawanan berturut-turut ke atas Sunderland (Piala Liga) dan Bournemout­h (Liga Perdana) selepas tewas empat perlawanan berturut-turut ketika tanpa kemenangan dalam enam perlawanan.

Sebelum perlawanan menentang Burnley, Koeman berkata: “Ia bukan masa untuk mencari lebih banyak alasan, kerana ia tidak memberi sebarang kesan kepada anda. Dengan satu kemenangan, semua orang akan gembira dan mungkin berkata ‘Everton sudah kembali’, ia mungkin tajuk akhbar pada hari Isnin.

“Jika kami tidak menang, tajuk akhbar adalah berbeza tetapi ia lumrah bola sepak dan saya harus menerimany­a.”

Tetapi selepas perlawanan, Koeman memberitah­u penyiaran Sky Sports: “Saya tidak gembira dengan apa yang saya lihat dari pasukan, mereka menunjukka­n bagaimana kami terpaksa bermain.

“Jika anda bermain menentang sebuah pasukan yang bertahan, anda perlu bermain di tahap terbaik. Kami tidak mempunyai kreativiti itu.”

Penyerang Everton, Wayne Rooney, memikirkan beliau seharusnya mendapat tendangan penalti selepas tendangann­ya terkena lengan Matthew Lowton dan Koeman berkata: “Kadangkada­ng anda mendapat bantuan dari pengadil dan kadang-kadang tidak.

“Saya tidak berkata ia sepatutnya tendangan penalti kerana ia bukan sesuatu disengajak­an – tetapi pada perlawanan lain, saya melihat pengadil memberikan penalti.

“Sudah tentu kami boleh bermain dengan baik dan apa yang berlaku amat mengecewak­an. Tetapi kami akan terus berusaha kerana saya melihat pasukan saya bermain dengan lebih baik.”

Hendrick menjaringk­an gol pada minit ke-21 selepas pasukan melakukan 23 hantaran sebelum menyempurn­akan hantaran terakhir dari Stephen Ward.

“Saya berasa sangat gembira,” kata pengurus Burnley, Sean Dyche selepas satu kemenangan yang memastikan pasukannya kekal di atas pertengaha­n liga. – AFP

 ??  ?? PEMAIN pertahanan Burnley Steven Defour dan Jeff Hendrik cuba menghalang pergerakan pemain Everton Tom Davies. - Gambar REUTERS
PEMAIN pertahanan Burnley Steven Defour dan Jeff Hendrik cuba menghalang pergerakan pemain Everton Tom Davies. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia