Utusan Borneo (Sabah)

Saingan lebih terbuka

Pada Jelajah Malaysia 2017

-

SHAH ALAM: Saingan bagi merebut juara keseluruha­n Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) yang bermula hari ini hingga Sabtu, dilihat lebih terbuka berikutan penarikan diri dua pasukan terkemuka benua Asia.

Dua pasukan berkenaan ialah juara bertahan, Team Pishgaman Cycling dari Iran, yang dikatakan tidak mendapat tiket penerbanga­n dan KSPO dari Korea Selatan, yang membuat keputusan untuk menyertai kejohanan lain.

Ketua Pegawai Eksekutif JM2017, Noraidiazh­ar Sulaiman berkata berikutan penarikan diri dua pasukan itu, kini tinggal 18 pasukan yang bakal bersaing pada perlumbaan edisi ke-53 jelajah tertua Asia itu, selepas pihaknya tidak dapat mencari pengganti pada saat akhir.

“Peluang terbuka kepada semua pasukan termasuk pelumba tempatan dan muda untuk menonjolka­n kemampuan mereka,” katanya pada sidang media JM2017 di sini, pada Isnin.

Daripada 18 pasukan itu, sembilan pasukan termasuk Terengganu Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (Malaysia) adalah pasukan bertaraf benua, dua pasukan kebangsaan Malaysia dan UPCT Brunei, manakala tujuh lagi berstatus kelab atau pasukan negeri seperti Selangor, Kedah, Kuala Lumpur dan Sitra Kelantan.

Bagaimanap­un, TSG dilihat sebagai pasukan pilihan yang mampu menyerlah kali ini dan sudah pasti ia merupakan berita baik kepada Mohd Harrif Salleh, yang mahu meraih gelaran Raja Pecut (jersi hijau), selepas menduduki tempat kedua tahun lalu, di belakang pemenang jersi itu, Park Sung Baek daripada KSPO.

Walaupun bakal menerima cabaran sengit daripada pasukan Oliver’s Real Food Racing dari Australia dan Team Sapura Cycling, pemenang pingat emas Sukan SEA itu yakin mampu mencapai misi tersebut.

“Bila lihat senarai pelumba, nampak macam ada kelebihan kepada kita. Saya akan buat yang terbaik untuk meraih jersi hijau dan menang satu peringkat..cuma kena berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, pelumba terbaik Malaysia keseluruha­n bagi edisi lalu, Nik Mohamad Azman Zulkifli yang mewakili pasukan PDRM-G, mahu menggunaka­n peluang itu dengan sebaiknya untuk mengintai peluang muncul juara keseluruha­n (jersi kuning) JM2017.

“Saya rasa peluang memang terbuka luas...setiap hari pun memang ada peluang untuk membuat pemisahan daripada kelompok pelumba, kita perlu bijak mengambil kesempatan,” katanya.

Selain jersi kuning dan hijau, edisi kali ini turut menawarkan jersi polka dot (Raja Bukit), jersi merah (pelumba terbaik Malaysia) dan kelabu (pelumba muda terbaik).

Peringkat pertama jelajah sejauh 682.80km keseluruha­n itu, akan bermula hari ini dari Shah Alam ke Hutan Melintang, Perak merangkumi jarak 161.9km.

Perlumbaan pertama itu merupakan laluan paling jauh, merangkumi tiga zon pecutan di Kuala Selangor, Sekinchan dan Sungai Besar serta tiga zon pendakian di Puncak Perdana, Batu Arang dan Monkey Hill.

Peringkat kedua akan bermula dari Lumut ke Kuala Kurau meliputi jarak sejauh 145.30km pada Rabu, diikuti Kuala Kangsar-Kulim (141.50km), Kulim-Gunung Jerai (101.3km) dan peringkat akhir di Alor Setar sejauh 132.8km pada Sabtu. Bernama

“Peluang terbuka kepada semua pasukan termasuk pelumba tempatan dan muda untuk menonjolka­n kemampuan ” mereka. NORAIDIAZH­AR SULAIMAN Ketua Pegawai Eksekutif JM2017

 ?? - Gambar BERNAMA ?? NORAIDIAZH­AR (tengah) ketika Sidang Media Jelajah Malaysia 2017 pada Isnin. Turut kelihatan Mohd Harrif (kiri) dan Nik Mohd Azwan (kanan).
- Gambar BERNAMA NORAIDIAZH­AR (tengah) ketika Sidang Media Jelajah Malaysia 2017 pada Isnin. Turut kelihatan Mohd Harrif (kiri) dan Nik Mohd Azwan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia