Utusan Borneo (Sabah)

Napoli ungguli tangga teratas Seria A, Atalanta kecewakan Juventus

-

MILAN, Itali: Napoli kini bersendiri­an di tangga teratas Serie A Itali selepas menewaskan Cagliari 3-0 ketika juara bertahan, Juventus, seri 2-2 di Atalanta Ahad lepas.

Keputusan seri itu menamatkan enam kemenangan berturut-turut Juventus, menyebabka­n mereka berkongsi di tangga kedua liga dengan Inter Milan – yang menewaskan Benevento 2-1dan Napoli mencipta kemenangan ketujuh berturuttu­rut untuk mengumpul 21 mata maksima.

“Saya berasa bimbang akhir permainan kerana kami boleh tewas dan setiap mata adalah sangat penting menjelang akhir musim,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

Juventus mendahului 2-0 di Bergamo selepas Federico Bernardesc­hi membuka jaringan pada minit ke21 dan Gonzalo Higuain menambah jaringan empat minit kemudian.

Tetapi Mattia Caldara menolak bola muntah untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-30 untuk memastikan pasukannya hanya ketinggala­n 1-2 pada masa rehat.

Mario Mandzukic memikirkan beliau sudah menjadikan kedudukan 31 tetapi gol beliau tidak dibenarkan menerusi video bantuan pengadil dengan Stephan Lichsteine­r dilihat menyiku Gomez sebelum gol dijaringka­n.

Bryan Cristante menambah kekecewaan Mandzukic dan Juventus apabila mengikat kedudukan buat Atalanta dari umpanan Alejandro Gomez pada minit ke-67.

Paolo Dybala terlepas peluang menjaringk­an gol kemenangan, sembilan minit sebelum tamat permainan apabila Juventus diberikan satu tendangan penalti – juga menerusi video bantuan pengadil – selepas bola terkena tangan Andrea Petagna.

Tetapi penjaga gol Atalanta, Etrit Berisha, bertindak tangkas menepis tendangan Dybala.

“Ada beberapa pasukan yang boleh merisaukan Juventus dan kami adalah di antara mereka,” kata Gomez, yang turut mengikat Juventus pada bulan April.

Napoli mencipta satu lagi kemenangan besar dengan Marek Hamsik membuka jaringan seawal minit keempat dan beliau kini kurang satu gol untuk menyamai rekod bintang legenda Napoli, Diego Maradona yang menjaringk­an 115 gol untuk kelab.

Dries Mertens menambah jaringan dari satu tendangan penalti pada minit ke-40 sebelum Kalidou Koulibaly melengkapk­an jaringan dua minit selepas rehat.

Walaupun rekod 25 gol dalam tujuh perlawanan, jurulatih Napoli, Maurizio Sarri enggan bercakap terlalu awal tentang kejuaraan liga.

“Ia sudah enam tahu saya mendengar cadangan di mana kami boleh mencabar Juventus tetapi akhirnya, mereka masih tetap menang,” kata Sarri. “Ini bermakna mereka berada di satu tahap di atas pasukan lain.”

Marcelo Brozovic menjaringk­an dua gol ketika Inter menewaskan kelab tercorot, Benevento, yang merapatkan kedudukan menerusi gol Marco D’Alessandro.

Lazio juga menang besar apabila membelasah Sassuolo 6-1 untuk naik ke tangga keempat sementara AS Roma menewaskan AC Milan 2-0 di San Siro, sekali gus menambah tekanan ke atas jurulatih Milan, Vincenzo Montella.

“Milan bermain dengan baik tetapi Roma bermain dengan bijak.Kamimenunj­ukkankami adalah pasukan yang matang yang bermain dengan lebih bijak,” kata jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco.

“Napoli beraksi dengan hebat ketika ini tetapi Juventus adalah pasukan yang perlu ditewaskan,” tambah beliau.

Torino, di tangga ketujuh liga, diikat 2-2 oleh Verona walaupun mendahului 2-0 sehingga minit ke-89. – AFP

 ??  ?? PEMAIN Napoli Allan, cuba melepasi kawalan dua pemain Cagliari. Gambar REUTERS
PEMAIN Napoli Allan, cuba melepasi kawalan dua pemain Cagliari. Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia