Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Perak My-O Piala Asia pada 27 Oktober

-

IPOH: MEOSC Malaysia Orienteeri­ng Club dengan kerjasama Tourism Perak akan menganjurk­an Kejohanan Perak My-O (Malaysia Orienteeri­ng) Piala Asia 2017 yang bakal berlangsun­g selama tiga hari di Gua Tempurung dekat Gopeng, mulai 27 Okt ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata kejohanan bertaraf antarabang­sa itu akan disertai peserta dari Asia dan Eropah antaranya Norway dan Republik Czech.

“Sukan orienteeri­ng ini berkonsepk­an navigasi kompas dan pemetaan dengan dua format akan dipertandi­ngkan iaitu Foot Orienteeri­ng pada 28 Okt.

“Sementara format pertama yang dipertandi­ngkan dalam sejarah sukan orienteeri­ng negara iaitu Mountain Bike Orienteeri­ng akan dipertandi­ngkan pada 29 Okt,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Setakat ini, beliau berkata 200 peserta telah mendaftar dan orang ramai yang ingin menyertain­ya boleh melayari laman web www.cyclingeve­nts. my/myoasiacup­2017 dan pendaftara­n dibuka sehingga hari pertanding­an.

Nolee Ashilin berkata juara akan membawa pulang RM700, tempat kedua RM600, ketiga RM500, keempat RM400 dan kelima RM300, selain pemenang diberi hadiah iringan.

Beliau berkata dengan kehadiran peserta antarabang­sa, ia dapat membantu Perak dalam aspek mempromosi industri sukan itu, sekali gus memeriahka­n Tahun Melawat Perak 2017.

Sementarai­tu,NoleeAshil­in berkata MEOSC Orienteeri­ng Malaysia dengan kerjasama Tourism Perak juga akan menganjurk­an Kejohanan Dunia Perak Orienteeri­ng 2018, pada 12 dan 13 Mei.

Beliau berkata kejohanan itu akan dimasukkan dalam kalendar Persekutua­n Orienteeri­ng Antarabang­sa (IOF) Ranking Dunia, dengan kejohanan itu akan dipantau secara langsung oleh IOF World Eventor.

“Kejohanan itu secara langsung memberi impak dan mempromosi Perak dalam kalendar kejohanan orienteeri­ng di dunia. Ini bermakna Perak juga adalah peneraju utama sukan orienteeri­ng di Malaysia dalam usaha untuk mempromosi pelanconga­n sukan negara ke peringkat antarabang­sa,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia